10 Azam Baru Paling Popular 2018

Tahun baru datang lagi. Tentu anda mempunyai azam baru kan? Adakah azam anda tahun lepas telah tercapai? Sekiranya belum, berusahalah untuk mencapainya pada tahun ini. Berikut merupakan azam tahun baru yang popular :

1) Menikmati kehidupan sepenuhnya

Biasanya orang bujang akan memuatkan status seperti ini. Bagi mereka, mereka ingin menikmati kehidupan sepuas-puasnya sebelum menerima tanggungjawab baru sebagai suami/isteri.

2) Mengamalkan gaya hidup sihat

Gaya hidup sihat?  Kesihatan menjadi aset terpenting bagi mereka. Tiada gunanya mempunyai harta berkoyan tapi sentiasa ke hospital untuk menerima rawatan. Namun biasanya perkara ini sukar untuk dilaksanakan bagi mereka yang mempunyai jadual kerja yang padat.

3)  Kurangkan berat badan

Mungkin mereka yang berazam untuk menguruskan/menurunkan berat badan pada tahun ini mengalami kenaikan berat yang ketara pada tahun lepas. Jadi azam pada tahun ini tentulah mahu menguruskan badan untuk menjadi lebih baik daripada tahun lepas. Kami doakan anda berjaya kerana pada masakini, anda boleh mendapatkan tips untuk mengurangkan berat bdan secara percuma tanpa perlu mendapatkan nasihat daripada mereka yang pakar. Jimat duit!

4) Simpan duit dan kurangkan perbelanjaan

Kerana desakan hidupa dan tanggungjawab baru. Azam begini sangat baik untuk mengurangkan sakit kepala. Sakit kepala kerana boros, duit hilang entah kemana, simpanan tak bertambah, hutang tak berkurang. Jangan risau, teknik menyimpan pun dah makin banyak sekarang ni. Anda cuma perlu rajin untuk membaca tips menyimpan yang dikongsikan oleh orang ramai.

5) Luangkan lebih masa bersama keluarga dan rakan-rakan

Ya, masa semakin singkat bersama keluarga kerana teknologi semakin mengambil tempat. Azam ini sangat bagus untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama kita.

6) Bayar atau kurangkan hutang

Membayar hutang pada waktu yang singkat menjadi impian setiap oraang. Namun, masih ada yang gemar menjadikan hutang sebagai satu hobi. Sebaiknya kurangkan hutang dan bayar semua hutang-hutang yang tertunggak.

7) Melancong

Melancong pada zaman ini lebih mudah berbanding zaman dahulu. Kehadiran tiket kapal terbang yang murah dan pilihan hotelk yang murah menjadi punca utama sektor pelancongan menjadi semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia. tiada salahnya melancong. Tapi pastikan anda telah membayar PTPTN supaya tidak ditahan di imegresen nanti.

8) Baca lebih banyak buku

Buku, menjadikan pemikiran menjadi luas dan kita boleh mengetahui pelbagai perkara melalui sekeping kertas dan dakwat pena yang tertulis. Membaca juga menjadi satu terapi bagi sesetengah orang.

9) Berhenti merokok

Rokok merupakan satu perbuatan yang kurang menyenangkan. Berhenti merokok menjadikan anda lebih sihat dan dapat menyimpan duit. Buktinya, anda boleh lihat/kira duit yang digunakan untuk membeli rokok disimpan. Tentu besar jumlahnya kan?

10) Luangkan lebih masa untuk hobi atau projek peribadi

Jenis orang macam ni , banyak perkara dia nak buat tapi masih terbejat kerana kekurangan masa. Semoga dapat cuti untuk melakukan perkara-perkara disukai.

 

Bonus :

Menamatkan zaman bujang.Haha!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *