10 Barang Paling Mahal Yang Pernah Dibeli Secara Online..

Era kini semuanya sudah dihujung jari termasuklah membeli belah secara online. Disini, admin nak kongsikan 1 barangpaling mahal yang pernah dibeli.

 

#10 Ferrari Enzo – RM4.2 juta

Hanya 399 unit sahaja Ferari Enzo dikeluarkan di seluruh dunia. Apabila 1 unit kereta ini dijual di Ebay, ramai pembeli cuba membida kereta ini. Pemenang bidaan tersebut merupakan seorang dari Switzerland dengan harga RM 4.2.

#9 Kad besbol Honus Wagner – RM4.62 juta

Kad keluaran American Tobacco Company itu bertujuan untuk menentang tabiat merokok. Dan disebabkan Honus menentang tabiat merokok. Hanya 200 unit kad saha dihasilkan kerana Honus meminta supaya pengeluaran kad itu dihentikan.

Ketika diiklankan di laman sesawang eBay pada tahun 2000, seorang peminat fanatik besbol, Brian Seigl tak menunggu lama dengan membayar wang RM4.62 juta bagi mendapatkan kad tersebut.

#8 Bandar Bridgeville – RM7.43 juta

Bandar ini berkeluasan 83 ekar dan mempunyai 8 buah rumah, sebuah pejabat pos dan sebuah cafe dengan 30 orang penduduk.

Bandar persendirian Bridgevill yang terletak di California telah ditawarkan untuk dijual di eBay. Bandar ini dimiliki oleh keluarga Lapple sejak tahun 1973 dan membuat keputusan untuk menjualnya pada tahun 2002. Bandar ini telah dibeli pada harga RM 7.43 juta

#7 Rumah kalis perang – RM8.82 juta

Disebabkan insiden 11 September, Gregory Gibbons dan Bruce Francisco telah hartanah di Pergunungan Adirondack yang merupakan bekas tapak silo peluru berpandu bertujuan untuk menyediakan rumah yang lebih selamat.

Tanah itu kemudiannya dibangunkan sebuah rumah mewah dengan akses ke kubu bawah tanah yang direka kalis perang. Projek tersebut bernilai kira-kira RM75.6 juta, namun mereka menjualnya dengan harga RM8.82 juta selepas mengiklankannya di eBay.

#6 Bandar Albert, Texas – RM10.5 juta

Bandar Albert di Texas ini telah dibeli oleh broker insurans, Bobby Cave dengan harga RM907,200. Bandar yang hanya didiami oleh 5 penduduk itu kemudiannya diubahsuai bagi mengekalkan sejarahnya.

Dan pada tahun 2003, Bobby Cave telah menjual bandar Albert melalui eBay dengan harga RM10.5 juta, iaitu hampir 12 kali ganda harga asal yang dibeli.

#5 Makan tengahari bersama Warren Buffet – RM10.9 juta

Pada tahun 2010, seorang pembida telah membida tawaran itu di eBay dengan bayaran RM10.9 juta hanya untuk meluangkan masa makan tengahari dengan billionaire Warren Buffet. Mungkin pembida tersebut ingin mendapatkan nasihat Warren bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan. Adakah anda sanggup membayar setinggi itu untuk meminta nasihat daripada orang yang suda berjaya?

#4 Pasu Dinasti Shang – RM13.86 juta

Pasu ini dianggarkan berusia 500 hingga 1000 tahun yang berasal daripad Dinasti Shang. Pasu ini sebua pasu wain yang berwarna gangsa yang sangat jarang ditemui. Pasu ini dibeli pada harga RM13.86 juta.

#3 Pesawat Gulfstream II – RM20.58 juta

Sebuah syarikat berpangkalan diAfrika telah membeli pesawat Gulfstream II mampu memuatkan 12 penumpang dan direka khas untuk keselesaan dan kemewahan, telah dijual oleh Tyler Jets pada tahun 2001, dengan harga RM20.58 juta.

#2 Lukisan “October on Cape Cod” – RM40.32 juta

Karya seni yang diberi nama “October on Cape Cod” merupakan lukisan minyak dihasilkan di atas kertas kanvas yang dihasilkan pada tahun 1946. Ia menunjukkan sebuah rumah kecil bersama sebuah bangsal, yang terletak di Cape Cod, Massachusetts, Amerika syarikat. Lukisan ini dibeli pada harga RM40.32 juta

#1 Kapal Gigayacht – RM705.6 juta

Gigayacht yang direka oleh Frank Mulder mempuyai beberapa tingkat ini memuatkan 10 bilik suite, 8 kabin tetamu, salun, bilik wayang, gym, dan pejabat dan beberapa tingkat dan diiklankan pada tahun 2005.

Roman Abramovich, seorang billionare Rusia telah membeli kapal tersebut pada harga RM705.6 juta di eBay.

 

Sumber: Iluminasi.com

Be the first to comment on "10 Barang Paling Mahal Yang Pernah Dibeli Secara Online.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*