10 Tips Mudah Kumpul Duit Untuk Kahwin Dan Untuk Masa Depan.

Cerita bab Perkahwinan ini, pasti semua ada keinginan nak kahwin dan memiliki pasangan hidup. Tapi Ramai yang mengeluh dengan duit hantaran bagi mereka yang kekurangan duit.

 

Perkahwinan ini sebenarnya mudah ja, tapi buat masa sekarang ni memang susah sikit. Tambahan pula mas kahwin sekarang ni memang tak masuk akal.

 

Perkongsian kali ini adalah, 10 tips mudah kumpul duit untuk Kahwin dan masa depan bagi anda yang nak sangat kahwin tapi masih tak cukup duit!

 

1. Buat tabung untuk Kahwin

 

 

Walaupun belum jumpa calon, buat je tabung kahwin siap-siap. Mana tahu bila dah berkenan dengan putera idaman atau bidadari pilihan, boleh terus kahwin.

 

2. Ramai yang menyesal sebab tak simpan awal-awal

 

 

Bukan ke bagus kalau kumpul awal-awal. Tak la bersusah di kemudian hari. Ramai pasangan bercinta 10 tahun, tapi tabung kahwin pun tak ada.

 

3. Lelaki atau perempuan, mulakan persiapan sekarang

 

Jika majlis perkahwinan atau jumlah kos perkahwinan termasuk duit hantaran berjumlah RM20k atau pun RM30k, tidak salah kalau cuba bahagikan dua untuk melonggarkan lagi beban bakal suami. Itupun kalau bakal isteri berkerja, jika tidak berkerja tak payah lah nak minta duit hantaran yang tinggi-tinggi, sebab masalahnya yang kau bagi beban tu bakal suami mu juga dan bukan orang lain. Cukup untuk kos majlis perkahwinan.

 

4. Baru adil dan saksama

 

 

Lelaki kumpul duit kahwin untuk buktikan dia mampu dan cuba untukĀ  berusaha. Dah kahwin nanti nak jadi ketua keluarga. Beban lepas kahwin ni lagi berat, sebab tanggungjawab sebagai suami bukan sekadar nak jadi suami. Sebab tu tak perlu nak bagi beban awal-awal sebelum nak berkahwin

 

5. Biar susah sama-sama, senang bersama

 

 

Yang perempuan pulak sama-sama kumpul duit untuk buktikan sama ada dia sudi susah senang bersama lelaki itu. Janji manis yang diluahkan tiada guna jika tidak dikotakan. Sebab time bercinta banyak sangat janji-janji ni. Jadi kalau betul-betul cintakan seseorang itu perlulah buktikan , kebaikan masa depan bersama.

 

6. Jika terpaksa pinjam duit dengan bank, maksudnya anda belum mampu lagi.

 

Jika anda terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenanrya anda belum mampu untuk memilikinya. Apatah lagi untuk berkahwin. Berkahwin guna mana-mana duit yang ada je , barulah namanya usaha, bukan usaha nak pinjam duit dekat bank disebabkan kahwin.

 

7. Kalau sebelum kahwin tak mampu nak buat simpanan jangan ambil loan

 

 

Ini ramai yang buat silap. Kalau sebelum kahwin pun tak mampu nak simpan RM500 sebulan, jangan pula nak ambil pinjaman peribadi ansuran bulanan RM500. Memang susah nak bayar nanti. Disebabkan masalah ini, rumahtangga boleh huru hara.

 

8. Buat simpanan bulanan bersama pasangan

 

Lagi 7 bulan nak kahwin tapi duit tak cukup. Cuba Buat cara menyimpan duit simpanan sebanyak dalam RM1,000 sebulan bersama pasangan. Atau boleh kurangkan kos lain yang tak wajib. Lakukan persiapan kos sebelum nak dekat kahwin dah, masalah ini perlu diambil serius. Takut-takut sebelah pihak keluarga ambil berat pasal hantaran dan juga kos yang diperlukan.

 

9. Jangan bergantung pada satu pendapatan saja

 

 

Rajin-rajin buat pandapatan sampingan yang memerlukan modal kecik atau tanpa modal seperti jadi dropship, Uber, Grabcar dan lain-lain. Yang penting usaha dan jangan malas nak lakukan sesuatu perkerjaan yang membawa kebaikan anda. Pastikan duit kahwin yang halal punya, supaya perkahwinan mendapat restu dari Nya.

 

10. DIY sendiri pelamin, kurangkan bajet kahwin

 

Kalau korang ni jenis kreatif, boleh buat pelamin sendiri. Lebih jimat. Kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer pula tak perlu sampai 3 orangĀ  kalau boleh suruh sepupu-sepupu yang lain tolong ambilkan gambar lagi jimat. Tak perlu nak ambil band sana sini, buat yang simple je pun dah ok. kalau ada duit lebih boleh guna lagi untuk lepas kahwin.kan..ahahaha

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada mereka yang belum berkahwin. Mulakan sekarang, jangan lengahkan masa yang ada. Semoga berjaya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *