12 Kelebihan Suami Simpan Janggut, Rupanya Isteri pun Dapat Kelebihan Daripada Suami Berjanggut

Ramai diantara wanita lebih suka suami mereka mempunyai janggut, namun ada juga sesetengah wanita yang inginkan suami mereka tidak mempunyai janggut. Ini kerana ada yang mengatakan mereka berasa geli apabila menyentuhnya dan melihat suami mereka tidak kemas dan pelbagai alasan yang ditujukan.

 

Buat isteri yang selama ini berasa geli kepada suami mereka yang mempunyai janggut atau jambang, tak kiralah janggut suami tu lebat atau tak, inilah masanya untuk ubah perpepsi itu. Kepada mereka yang menyukai janggut atau jambang lelaki, ketahuilah bahawa kamu adalah isteri yang sangat beruntung, kerana janggut atau jambang pada suami itu banyak kelebihannya yang ramai tidak tahu.

 

Selain mendapat pahala kerana ia adalah satu sunnah Rasulullah S.A.W, Satu kajian juga telah dibuat yang mengatakan wanita lebih cenderung kepada lelaki yang mempunyai janggut atau jambang dan melihat lelaki ini sebagai rakan kongsi untuk jangka masa yang panjang.

 

12 kelebihan menyimpan janggut atau jambang yang sangat bermanfaat kepada diri dan bukan saja untuk diri sendiri malahan isiteri juga turut mendapat kelebihan.

 

1. Malaikat tadah air wuduk yang jatuh dari janggut

 

Diceritakan di zaman Rasulullah, ada seorang yang mempunyai janggut nipis yang sedang mengambil air wuduk ketika hendak sembayang di masjid. Setelah melihat pemuda itu, Rasulullah tersenyum dan memalingkan mukanya. Sahabat itu menyangka bahawa Rasulullah tidak menyukai dengan adanya janggut yang nipis itu, sebab itu Rasullah memalingkan mukanya.

Keesokkan harinya, lelaki itu datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah, lelaki itu melemparkan senyuman namun Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki itu. Ini telah membuatkan dia bertambah hairan dan lalu dia mengajukan pertanyaan kepada Baginda.

 

“Wahai Rasulullah, mengapakah hari ini kamu tidak tersenyum kepadaku seperti sebelum ini?” Lalu Baginda menjawab pertanyaan lelaki itu, ” Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadahkan air wuduk yang jatuh dari janggutcukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu dijanggutmu wahai sahabat”

 

2. Melembapkan kulit wajah

 

Kulit wajah terbina dengan ejen pelembap tersendiri yang dikenali sebagai ‘sebaceous glands’. Ia bertindak menegeluarkan minyak semula jadi yang menjadikan kulut kekal lembap. Dengan menyimpan janggut yang tebal, ia akan membantu melindungi kulit wajah anda daripada terkena angin yang boleh menyebabkan kulit menjadikering.

 

3. Elak masalah Jerawat

 

Menyimpan janggut juga sebenarnya boleh membantu melindungi kelenjer sebum daripada dijangkiti oleh bakteria jerawat. Vulgaris juga mencegah terjadinya masalah jerawatdan bintik hitam.

 

4. Beri perlindungan daripada sinaran Ultra Voilet

 

 

Hasil kajian dari University of Southern Queensland menerusi jurnal bertajuk “Radiation Protection Dosimetry” mendapati bahagian wajah yang tertutup dengan janggut rata-ratanya sepertiga lebih rendah terdedah dengan sinaran ultra violet yang membahayakan sekali gus memberi perlindungan terhadap sinar ultra violet matahari 90 hingga 95 peratus. Bahkan kajian yang dijalankan di Australia juga membuktikan perkara yang sama

 

5. Kurangkan gejala asma dan alahan

 

Jika anda mengalami alahan debunga atau debu dan gejala asma, janggut sebenarnya membantu sebagai penapis bagi mengelakkan kuman sampai ke permukaan wajah. Lebih besar janggut yang anda simpan, maka lebih banyak bahan pencemaran yang dapat ditapis setiap hari.

6. Galak kesuburan wanita

 

Kajian oleh para saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat berjudul “The Amazing Fact of Human Body” mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia membantu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita dengan cara sentuhan dan belaian pada janggut atau jambang suami.

 

7. Sensasi ciuman yang berbeza

 

 

Wanita lebih menikmati ciuman dengan lelaki berjanggut berbanding lelaki yang wajahnya mulus tanpa janggut. Ini kerana janggut akan membuatkan pasangan rasa geli sekali gus menambahkan keintiman saat mencium suami.

 

8. . Pahala buat isteri

 

 

Sebaik sahaja isteri celik mata dari tidur, rebutlah peluang pahala dengan merenung wajah suami dan kemudian usap lembut janggut suami dari dagu hingga ke penghujungnya.

 

9. Galak kesuburan wanita

 

Kajian oleh para saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat berjudul “The Amazing Fact of Human Body” mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia membantu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita dengan cara sentuhan dan belaian pada janggut atau jambang suami.

 

10. Calon ayah yang baik

 

Kajian dari University of New South Wales dalam jurnal bertajuk “Evolution and Human Behaviour” mengatakan bahawa wanita berpendapat lelaki yang memiliki janggut adalah lebih menarik serta dilihat sebagai calon pasangan dan ayah yang baik.

 

11. Sesuai dijadikan pasangan romantik

 

Hasil kajian yang dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun mendapati tarikan yang dimiliki oleh selebriti terkenal seperti George Clooney, Brad Pitt dan David Beckham adalah disebabkan oleh wajah mereka yang berjambang. Mereka juga menyifatkan lelaki berjanggut paling sesuai dijadikan pasangan romantik.

 

12. Kurangkan tanda penuaan dan awet muda

 

 

Seorang ahli dermatologi dari London bernama Dr. Nick Lowe mengatakan bahawa janggut membantu melindungi kulit agar tetap sihat, mengurangkan tanda-tanda penuaan sekali gus membuatkan lelaki awet muda. Ini kerana pendedahan terhadap sinaran matahari yang sedikit membuatkan lelaki yang menyimpan janggut kelihatan lebih muda berbanding mereka yang tidak mempunyai janggut.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *