4 FIlem Mengenai “Hacker” Terbaik Yang Anda Perlu Tonton.

4 FIlem Mengenai “Hacker” Terbaik Yang Anda Perlu Tonton.

 

Apa itu hacker? Hacker ialah seseorang yang memecah masuk rangkaian komputer tanpa kebenaran. Motif hacker untuk memecah masuk rangkaian komputer adalah untuk mengambil dokumen rahsia, mengaut keuntungan ataupun didorong untuk mencari cabaran.

 

Kebanyakan filem hacker amat seronok ditonton kerana hacker memang terkenal dengan kebijaksaan mereka untuk memecah struktur keselamatan sesebuah organisasi dan ramai yang tidak mengetahui bahaya ataupun ancaman yang mereka boleh lakukan ketika ini.

 

Berikut merupakan 4 filem terbaik mengenai hacker yang anda perlu tonton.

 

1) BLACK HAT

Filem arahan Micheal Mann ini dikeluarkan pada 8 Januari 2015 dan telah menelan belanja sebanyak 70 Juta USD. Filem ini telah diterajui oleh Chris Hemsworth (Nicholas Hathaway).

File mini berkisar mengenai sebuah loji nuklear di China telah meletup disebabkan hacker. Kerajaan China dan FBI mendapati bahawa loji itu meletup disebabkan oleh RAT (Remote Access Tool). Seorang pegawai tentera daripada pasukan People Liberation Army (PLA), Kapten Chen Dawai daripada Unit Peperangan Siber dibantu oleh adik perempuannya, Chen Lien yang seorang jurutera hacking telah ditugaskan untuk mencari hacker yang menyebabkan loji tersebut meletup.

 

Kapten Chen Dawai telah berjumpa dengan ejen khas FBI, Carol Barrett untuk meminta bantuan. Ejen khas Carol Barrett meengatakan bahawa kod RAT tersebut dibina olehnya bersama dengan rakan kolejnya dahulu, Nicholas Hathaway. Namun begitu, Nicholas Hathaway kini berada dalam penjara disebabkan beberapa siri hacking yang beliau lakukan sebelum itu. Nicholas Hathaway berunding agar kesalahannya dikurangkan jika beliau menolong Kapten Chen Dawai mencari  dalang disebalik letupan loji nuclear di China.

 

2) DIE HARD (LIVE FREE OR DIE HARD).

Filem ini mempunyai beberapa siri iaitu Die Hard, Die Hard 2, Die Hard With A Vengeance, Live Free or Die Hard , A good Day To Die Hard.

Siri Live Free Or Die Hard ini dikeluarkan pada tahun June 2007 dan filem ini menelan belanja sebanyak 110 juta USD. Siri ini dibintangi oleh pelakon terkenal Bruce Willis.

 

Filem ini bermula apabila FBI mendapati beberapa hacker terkenal yang dalam pemerhatian mereka telah dibunuh. Oleh itu, pihak FBI telah meminta bantuan daripada polis New York, detektif John McClane untuk mencari Matthew “Mat” Farrell, seorang hacker yang dalam pemerhatian FBI kerana dikhuatiri beliau juga akan menjadi sasaran pembunuh yang berkerja untuk Mai Linh.

 

Matthew “Mat” Farrell terselamat daripada serangan pembunuh disebabkan oleh detektif John McClane. Farrel memberitahu bahawa beliau telah dibayar dengan sejumlah wang yang sangat besar berkerja untuk mebuat algorithma yang mampu memecah sistem keselamatan tertentu untuk tujuan White hat(sistem sekuriti komputer).  Algorithma yang dihasilkan mampu Mengawal grid pengangkutan dan pasaran saham.

 

3) WHO AM I

Filem ini merupakan arahan Baran bo Odar dan dikeluarkan pada tahun september 2014. Filem ini mengisahkan, Benjamin Engel, seorang penggodam dari Berlin, duduk di dalam bilik soal siasat. Pegawai yang bertanggungjawab memberitahu Hanne Lindberg, Ketua Bahagian Siber Europol bahawa Benjamin meminta dia, untuk melakukan soal siasat dan bahawa dia mempunyai maklumat mengenai FRI3NDS, kumpulan penggodam terkenal empat ahli yang berkaitan dengan mafia siber Rusia dan MRX , Seorang penggodam terkenal yang terkenal di sekitar Darknet, dan memberitahunya bahawa dia boleh memberikannya kepada Hanne jika dia mendengarnya.

 

4) TRACK DOWN (TAKE DOWN (US))

Filem arahan Joe Chappalle ini mula ditayangkan pada tahun 2000 dan dibintangi oleh Skeet Ulrich. Selama bertahun-tahun Kevin Mitnick telah menghilangkan ejen persekutuan ketika menggunakan gadget elektronik terbaru untuk memecah masuk ke dalam komputer yang banyak dan mendapat akses ke maklumat sensitif dan berharga. Tetapi apabila dia melanggar sistem pakar jenayah komputer terkemuka Tsutomu Shimomura, ia mengetepikan sebuah epik mengejar melalui ruang siber antara sepasang genius yang didorong keras yang beroperasi di sisi undang-undang yang berlainan.

 

 

 

 

Be the first to comment on "4 FIlem Mengenai “Hacker” Terbaik Yang Anda Perlu Tonton."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*