4 Kesilapan Typo Yang Telah Menyebabkan Kerugiaan Bernilai Jutaan Ringgit

Sekarang ni kita sering nampak masalah typo ni kebanyakkan dilakukan oleh budak-budak wechat. Tapi siapa tahu, syarikat besar juga pernah melakukan kesilapan ini. Namun begitu, disebabkan kesilapan kecil inilah yang menyebabkan syarikat-syarikat besar menanggung kerugian bernilai jutaan ringgit.

 

#1 Kesilapan mengeja perkataan “EXOTIK” kepada EROTIK.

Bunyi dan ejaan perkataan “EXOTIK” dan “EROTIK” adalah hampir sama namun membawa maksud yang sangat jauh berbeza. Sila google untuk maksud perkataan tersebut.

Pada tahu 1998, sebuah syarikat agensi pelancongan Banner Travel telah membeli satu ruangan di khas untuk di Yellow Pages untuk tujuan pengiklanan.

Syarikat tersebut ingin mempromosikan pakej percutian “exotik” iaitu pelancongan ke tempat yang kurang dilawati dan kurang popular. Namun begitu, syarikat pengiklanan tersebut (Syarikat Pacific Bell) membuat kesilapan dengan menukar perkataan “exotik” kepada “erotik”.

Disebabkan kesalahan itu, syarikat Banner Travel telah kehilangan 80% pelangan berpotensi. Mereka juga telah menyaman syarikat pengiklanan sebanyak RM 43 juta bagi menuntut ganti rugi kos pengiklanan.

 

#2 Letupan Satelit NASA

Pada tahun 1962, Amerika Syarikat da Rusia bersaing untuk menakluki angkasa lepas. NASA yan dimiliki AS ketika itu sedang menyiapkan program satelit Mariner 1 untuk ke planet Venus dan satelit itu dianggarkan bernilai RM 630 juta.

Setelah satelit tersebut dilancarkan, NASA mendapati bahawa satelit mereka tersasar dari arah yang dituju, tidak dapat dikawal dan tidak dapat dihubungi. Kesilapan tersebut berlaku disebabkan hypen (-) tertinggal dalam satu baris progam kod mereka.

DIsebabkan tidak dapat berbuat apa-apa terhadap satelit mereka, NASA mengarahkan bahawa satelit tersebut diletupkan hanya selepas 239 saat dilancarkan.

 

#3 Pertandingan gores dan menang

pada tahun 2005, sebuah syarikat penjualan Roswell Honda surat kepada 30,000 bakal pembeli kereta sebagai sebahagian strategi pemasaran. Bakal pembeli peraduan gores dan menang tersebut bakal mendapat hadiah utama bernilai RM 4300.

Namun begitu, syarikat yang menguruskan kempen pemasaran tersebut telah membuat kesilapan besar dengan menghadiahkan setiap penerima surat terbut hadiah utama. Hal ini menyebabkan syarikat Roswell Honda terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM 3 juta kepada kesemua 30000 bakal pelangan mereka.

Syarikat Roswell Honda memohon maaf dan telah membuat ganti rugi dengan memberi 5USD daripada Walmart. Bagi kad tersebut sahaja, sebanyak RM 631,000 terlah diperuntukan.

 

#4 Kesilapan harga tiket kapal terbang

Pada 2006, Alitalia Airlines telah tersilap me;etakkan harga penerbangan daripada Toronto ke Cyprus. Harga yang diletakkan adalah USD 39 berbanding harga sebenarnya USD 3900.

Seramai 2000 orang telah membeli tiket tersebut. Kerana takut pelanggan membatalkan penerbangan mereka sekiranya mereka meminta baki dari harga sebenar, pihak syarikat terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan bernilai RM30 juta..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *