4 Pemain Bola Keranjang Paling Tinggi Di Dunia. Yao Ming Tidak Tersenarai Dalam 4 Teratas..

Sukan bola keranjang semenangnya merupakan sukan yang terkenal dengan pemain yang tinggi-tinggi. Nama pemain seperti Yao Ming sudah pastinya anda kenal. Namun begitu, tahukah anda bahawa ada lagi pemain yang lebih tinggi daripada Yao Ming yang pernah bermain dalam sejarah sukan bola keranjang. Untuk pengetahuan semua, ketingian Yao Ming ialah 229 cm.

Jom tengok senarai pemain tertinggi yang pernah bermain dalam sukan bola keranjang.

4. Paul Sturgess (231.8cm)

Dengan ketingian 2318cm dan 147kg, Paul Sturgess bermain untuk kelab Cheshire Pheonix pada tahun 2015 dan merupakan pemain bola keranjang England.

Sebelum menceburi sukan ini, Paul bermain american football dan golf sebelum berpindah ke bola keranjang.

 

3. Ri Myung-Hun (235cm)

Ri Myung-Hun yang berasal dari Korea Utara ini pernah bercadang untuk bermain di Amerika Syarikat tetapi tidak berjaya disebabkan hubungan politik yang tegang di antara kedua-dua negara.

Amerika Syarikat pernah membenarkan Ri Myung-Hun untuk bermain di sana namun dengan syarat gaji yang diterimanya tidak boleh dihantar balik ke Korea Utara. Pemimpin Korea Utara ketika itu, Kim Jong-Il pula hanya membenarkan Ri Myung-Hun bermain di Amerika jika mereka membayarnya dengan gandum.

2. Sun Mingming (236cm)

Sun merupakan seorang pemain kelahiran China. Dengan ketinggian 236cm Sun merupakan pemain kedua tertinggi dalam sejarah bola keranjang. Dia pernah bermain di Amerika Syarikat, Mexico dan Jepun.

1. Suleiman Ali Nashnush (239cm)

Pemain kelahiran Libya ini merupakan seorang pemain bola keranjang dan juga seorang pelakon. Selepas bersara daripada bola keranjang, ketinggian Suleiman meningkat lagi dari 239cm kepada 246cm. Pada tahun 1991, Suleiman yang berusia 48 meninggal di kampungnya di Tripoli, Libya.

Pemain bola keranjang yang tertinggi dalam sejarah dunia jatuh kepada Suleiman Ali Nashnush yang berasal dari Tripoli, Libya dengan ketinggian 239 sentimeter. Suleiman merupakan pemain bola keranjang Libya dan juga seorang pelakon. Beliau merupakan salah seorang daripada 16 orang di dunia yang mempunyai ketinggian melebihi 8 kaki (243.8 sentimeter).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *