5 Cara Untuk Mengusir Anai-anai Dengan Mudah Tanpa Menggunakan Racun…

Anai-anai adalah serangga yang bahaya dalam kediaman kerana anai-anai boleh merosakkan bermacam barangan seperti pakaian, perabot, buku-buku, dinding rumah dan juga lantai-lantai kayu.

 

 

Pelbagai cara yang boleh digunakan tapi apakah cara itu mampu untuk mengusir haiwan ini. Jika menggunakan racun serangga perosak ini pula mungkin menggunakan kos yang tinggi.

 

Cara-cara yang mudah untuk mengusir anai-anai :

 

1. Garam Dapur

Taburkan garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja.

Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.

 

2. Air Kapur sirih

Kapur bersifat panas dan ia sangat tidak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut . Kapur juga mampu membakar kulit anai-anai.

Jadi anda boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.

 

3. Air Cucian Beras

Manfaatkan air basuhan beras yang pertama untuk mengusir anai-anai. Siramkan sahaja air basuhan beras ke atas sarang anai-anai.

 

4. Minyak Tanah

Kebiasaannya minyak tanah digunakan untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah.

Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.

 

5. Tembakau

Tembakau berkesan dalam menghalau anai-anai. Caranya hanya perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Kemudian, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.

 

semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat mengurangkan lagi kos perbelanjaan untuk mengusir anai-anai..

 

Selamat Mencuba!

 

 

Be the first to comment on "5 Cara Untuk Mengusir Anai-anai Dengan Mudah Tanpa Menggunakan Racun…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*