5 Negara Asing Yang Jarang Dan Tidak Pernah Kita Dengar.

Dalam dunia ini, kita hanya tahu ada beberapa benua yang ada tapi kita tidak tahu berapa banyak negara yang ada di atas muka bumi ini pula.  Kali ini admin nak kongsikan 5 negara asing  yang tidak kita dengar.

 

Antara negara yang jarang dan tidak pernah kita dengar

 

1. Somaliland

 

Selalu kita dengar negara Somalia tapi jarang sekali kita dengar nama negara Somaliland. Rupanya negara Somaliland tidak jauh dengan negara Somalia.  sejak tahun 1991, negara Somalia telah bergolak dan terjadinya perang saudara yang mengorbankan banyak nyawa. Sebuah kawasan di bahagian utara barat Somalia telah bertindak keluar daripada Somalia dan menubuhkan sebuah negara baru yang dikenali sebagai Somaliland.

Somaliland juga berupaya menubuhkan sistem ketenteraan, kerajaan, matawang dan juga mempunyai bendera mereka sendiri. Kerajaan pula memerintah menggunakan sistem separa-demoktratik. Walaupun negara Somalia masih lagi bergolak, rakyat di Somaliland dapat hidup bebas tanpa peperangan. Malangnya sehingga kini tiada negara luar yang mengiktiraf kedaulatan Somaliland.

 

2. Abkhazia

 

Abkhazia asalnya merupakan sebahagian daripada negara Georgia. Setelah kejatuhan Soviet Union, ia mula menuntut kemerdekaan tetapi dihalang keras oleh Georgia. Krisis ini menyebabkan konflik, pertumpahan darah dan penghapusan etnik di Abkhazia. Setelah itu, Abkhazia berjaya mengisytiharkan kemerdekaannya pada tahun 1999. Kini, ia mempunyai sistem pemerintahan, sistem ketenteraan, pasport dan juga bank nasional. Tapi sesetengah aspek negara ini masih lagi bergantung kepada Rusia.

 

3. Puntland

 

 

Selain Somaliland, Putland juga merupakan sebuah sebuah kawasan yang ingin keluar daripada Somalia. Ianya merupakan sebuah kawasan kecil di Somalia yang menghadap ke arah laut.

Berlainan dengan daripada Somaliland yang inginkan kemerdekaan secara terus, Puntland pula hanya mengisytiharkan kemerdekaan daripada Somalia selagi mana Somalia masih bergolak dengan perang saudara. Sekiranya Somalia kembali stabil, Puntland ingin kembali menjadi sebahagian daripada pemerintahan kerajaan Somalia.

 

4. Seborga

 

 

Walaupun hanya mempunyai kawasan kecil di kawasan pergunungan dan hanya mempunyai keluasan 4.91 kilometer persegi. mengikut pakar sejarah, Seborga juga merupakan sebuah kawasan yang layak di gelar sebagai sebuah negara mengikut undang-undang. Ini kerana, Ketika perjanjian penyatuan daerah-daerah di Itali dibuat pada abad ke 19, akibat kerana kesilapan kawasan Seborga ini tidak dimasukkan dalam perjanjian tersebut. Oleh itu, mengikut undang-undang Seborga adalah sebuah negara yang tersendiri.

 

5.  Transnistria

 

 

Transnistria adalah sebuah negara kecil yang terletak di kawasan selatan negara Moldova. Ianya mengisytiharkan kemerdekaan daripada Chisinau pada tahun 1990. Kini, Transnistria sudah mempunyai matawang tersendiri, pasport, kerajaan demokratik dan sistem pertahanan tersendiri. Cara hidup dan rekabentuk bangunan disini kebanyakannya masih dikekalkan sejak pemerintahan Soviet Union.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *