5 Negara Ini Adalah yang Paling Dibenci Dalam Dunia.

Negara yang mempunyai teknologi canggih belum pasti disukai oleh ramai orang dan juga disukai oleh negara-negara yang lain. Oleh itu, ramai orang menganggap negara dengan teknologi yang canggih lebih-lebih lagi dalam bidang ketenteraan, difikirkan boleh mengakibatkan kekacauan dan peperangan yang akan berlaku juga bolehmemberi kesan kepada seluruh manusia di bumi ini.

 

Justeru itu, negara manakah yang paling ramai dibenci orang? Di bawah ini adalah senarai negara yang paling tidak disukai di dunia disebabkan selalu mengganggu keamanan dunia dan memiliki senjata penghancur besar-besaran.

 

1.  Rusia

 

 

Rusia adalah antara negara kuasa besar yang memiliki kekuatan militer yang sangat kuat, termasuklah mempunyai banyak peluru berpandu nuklear diantara benua. Rusia bertanggungjawab atas penghancuran agama sendiri, budaya, dan juga rasuah.

Selain itu Rusia sekarang terlibat dalam konflik di Syria. Rusia juga bertanggungjawab atas banyaknya nyawa rakyat Syria yang terkorban.

 

2. Korea utara

 

 

Korea Utara termasuk negara yang paling dibenci di dunia kerana pemerintahnya yang mengamalkan kuku besi. Bahkan, Korea Utara sering membuat kekecohan dengan mengugut akan melancarkan peluru berpandu nuklear ke AS sebagai isyarat perang. Selain itu, Korea Utara sangat tertutup dari negara luar, sehingga bukan sembarangan orang boleh memasuki Korea, hanya orang tertentu sahaja yang boleh memasuki negara ini.

 

3. Israel

 

 

Majoriti  penduduk didunia ini tidak menyukai negara haram Israel, terutamanya warga Muslim. Ini adalah kerana Israel telah menindas penduduk Palestin sejak sekian lama dan menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh, termasuk anak-anak dan perempuan.

 

4. China

 

 

Salah satu sebab mengapa China juga dibenci ramai orang, kerana negara ini terkenal dengan dasar biaya eksport yang sangat rendah ke beberapa negara. Produk dengan kos murah itu yang termasuk makanan dan barang boleh mengancam keselamatan nyawa.

Selain itu, China terkenal suka menghasilkan barang-barang tiruan. Di China juga banyak kilang-kilang yang menyumbangkan pencemaran terbesar di dunia.

 

5. Amerika Syarikat

 

 

Ramai orang yang membenci negara Amerika Syarikat kerana mereka dianggap dalang di sebalik peperangan yang pernah terjadi di Iran, Afghanistan dan di Libya. Selain itu, AS juga dinggap suka masuk campur dalam urusan negara lain, bahkan mengaut kekayaan negara lain dan membawa pulang hasilnya untuk negara sendiri.

Lebih-lebih lagi presiden baru AS sekarang adalah Donald Trump yang bukan sahaja dibenci oleh rakyatnya sendiri, malah dibenci oleh orang islam di serata dunia kerana sikap anti-islam yang tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *