5 Syarikat Yang Dinobatkan Sebagai Majikan Terbaik DI Malaysia 2017

Sebagai pekerja, semestinya kita senantiasa mencari pekerjaan yang terbaik dan sesuai dengan kita. Mencari majikan yang senantiasa menjaga kebajikan pekerja juga merupakan satu faktor pencari kerja mencari majikan mereka.

Jom kita tengok 5 syarikat yang dinobatkan sebagai majikan terbaik Malaysia pada tahun 2017.

1. Eco World Development Group Berhad

Pemaju hartanah ini telah tersenarai sebagai majikan terbaik di Malaysia untuk dua tahun berturut-turut bagi tahun 2016 dan 2017. Mendapat 4.2 bintang daripada penguna Jobstreet dan 45 bintang daripada Glassdoor, syarikat ini dikatakan dapat memberi suasana kerja yang kondusif bagi pekerjanya.

2. American Express (Malaysia) Sdn.Bhd.

Syarikat kredit ini mendapat 4.4 daripada Jobstreet dan 4.5 daripada Glassdoor. Pekerja AE memuji syarikat ini kerana mampu menyediakan ruang untuk pekerja membina karier secara teratur, mampu memberikan ‘work life balance’ yang baik pada pekerja serta memberikan banyak faedah tambahan kepada pekerja. Gaji di sana juga dikatakan tinggi.

3. DHL Express Malaysia

Mendapat rating 4.3 bintang daripada Jobstreet dan 4 bintang di Glassdoor,syarikat ini mengutamakan kebajikan pekerja dan mampu menyeimbangkan keperluan pekerja dalam setiap aspek. Syarikat ini terkenal dengan servis penghantaran.

4. Gerbang Alaf Restaurants Sdn.Bhd

Walaupun perniagaan utama syarikat ini ialah restoran makanan segera, syarikat ini dikatakan berjaya mewujudkan suasana pekerjaan yang mementingkan kerjasama erat antara pasukan dan suasana kerja yang baik.

5. Cisco System (M) Sdn.Bhd.

Mendapat rating 4.7 daripada penguna Jobstreet, syarikat ini merupakan syarikat gergasi Amerika berpangkalan di Malaysia. Antara faedah pekerja yang berkerja di syarikat ini ialah perlindungan kesihatan untuk keluarga, waktu bekerja fleksibel, pilihan bekerja dari rumah, bantuan komputer Macbook, tempat letak kereta tersedia, kelab yoga dan badminton, faedah yang sama pada semua peringkat jawatan dan yang paling penting, kopi disediakan setiap pagi

Sumber: illuminasi.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *