500 Kuntum Mawar Hadiah Untuk Sahabat Baik – Hadiah Dari Fattah Amin Buat Fazura.

Bertempat di Putrajaya International Convention Center ( PICC ), Fazura dan Fattah Amin menyambut hari ulang tahun kelahiran mereka bersama dalam satu majlis ” Birthday Bash  #Fattzura ”

 

Fattah Amin memberikan 500 kuntum bunga mawar putih dan merah jambu kepada fazura sebagai hadiah istimewa di hari kelahiran fazura yang merupakan hari ulang tahun kelahiran yang ke-34.

 

Jelas Fattah Amin pada Harian Metro , 500 kuntum mawar putih dan merah jambu itu adalah tanda penghargaan darinya untuk Fazura yang dianggap sebagai kawan baik.

 

 

penjelasan Fattah Amin kepada Harian Metro berkenaan pemberian bunga terhadap Fazura.

 

“Ia tidak membawa apa-apa simbolik. Bunga itu sekadar hadiah untuk sahabat baik yang sentiasa memberikan perangsang dan tanda sokongan kepada kerjaya saya. Dia patut rasa bahagia pada hari ulangtahunnya yang hanya disambut setahun sekali.” jelasnya pada Harian Metro.

 

Selain itu, peminat mereka turut memberi sorakan gemuruh apabila Fazura dan Fattah Amin menyanyikan lagu duet bersama.

 

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *