6 Billionaire Yang Masih Memakai Kereta Murah Walaupun Dah Kaya. Nombor 6 Tu Pakai Proton Perdana..

Dewasa kini, kereta sudah menjadi satu keperluan. Banyak yang mempunyai kereta mewah walaupun baru setahun jagung berkerja.

Disini, kami ingin kongsikan 6 billionaire yang masih mengunakan kereta murah walaupun mereka mampu membeli apa sahaja kereta di sunia ini.

1. Steve Ballmer

Ketua Pegawai Executif di Microsoft diantara tahun 2000 sehinga 2014 ini memiliki kekayaan dianggarkan bernilai RM143 billion.

Pada tahun 2009, CEO Ford ketika itu telah menghadiahkan Steve sebuah kereta Ford Fusion Hybrid. kepada Steve bagi meraikan kejayaan Ford mencapai kenderaan ke sejuta. Kereta tersebut dilengkapi dengan SYNC (sistem komunikasi dan hiburan dalam kereta),

Sehingga kini, Steve masih mengunakan kereta mesra alam tersebut dan dianggarkan kereta tersebut berharga RM117,600.

2. Warren Buffett

Manusia kedua terkaya di dunia. Siapa lagi kalau bukka Warren Buffet. Seorang yang sangat berjimat sehingga dia tidak pernah membelanjakan lebih daripada USD3.17 untuk sarapan.

Beliau masih ingal di rumahnya yang dibeli pada tahun 1958 . Pada tahun 2014, beliau telah menukar keretanya pada masa itu, Cadillac DTS kepada Cadillac XTS dengan harga RM190,000 setelah anaknya memberitahu kereta lamanya memalukan.

3. Ingvar Kamprad

Ingvar Kamprad merupakan pengasas IKEA. Dia merupakan seorang yang sangat berjimat kerana dia mendakwa bahawa dia hanya akan memotong rambutnya di negara membangun sahaja kerana murah. DIa juga tinggal di banglo sederhananya.

Pada mulanya, Kamprad hanya mengunakan Volvo 240 GL 1993 yang kini dianggarkan berharga RM 5,000 namun telah menukar keretanya setelah dipujuk memandangkan usianya kini sudah menjangkau 91 tahun.

 

4. Alice Walton

Alice Walton adalah anak kepada Sam Walton, pengasas syarikat paling kaya di dunia iaitu Walmart dengan kekayaan bernilai RM 171 billion. Kereta pilihan wanita ini ialah Ford F-150 200.

5. Mark Zuckerberg

Kekayaan pengasas Facebok ini dianggarkan bernilai RM 300 billion. Seperti yang kita sedia maklum, Mark merupakan seorang yang tidak suka membazir.

Mark mengunakan kereta Acura TSX berwarna hitam yang dianggarkan berharga RM126,000. Selain itu, CEO Facebook ini juga dilaporkan mempunyai sebuah kereta Volkswagen GTI dengan harga hampir sama dengan Acura TSX

 

6. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Siapa tak kenal wakil daripada Malaysia ni. Siap sokong kereta buatan negara. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya dan kekayaanya dianggarkan bernilai sebanyak RM7.6 billion pada tahun 2017.

Be the first to comment on "6 Billionaire Yang Masih Memakai Kereta Murah Walaupun Dah Kaya. Nombor 6 Tu Pakai Proton Perdana.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*