6 Negara Terkecil Di Dunia namun Mempunyai Pertumbuhan Ekonomi Yang Pesat

Negara terkecil di dunia? Tentu anda tertanya-tanya bagaimana kehidupan rakyatnya jika hanya mempunyai tanah sekangkang kera. Perbandingannya seperti Ali mempunyai 10 ekar sawit manakala Abu mempunyai 200 ekar. Jika dilihat daripada saiz, tentulah Ali kalah,namun dengan kepandaian Ali, tanah tersebut jauh lebih maju berbanding Abu. Begitulah juga dengan negara-negara kecil ini, mereka membuat duit dengan menjadi pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara. Berikut merupakan 6 negara terkecil yang boleh anda dapati di dunia ini :

 

6.Liechtenstein – 160 km²

liechtenstein negara paling kecil di dunia

Negara kecil ini terletak di pergunungan Alps dan berada antara Switzerland dan Austria. bahasa Jerman menjadi bahasa yang dituturkan di negara ini. hebatnya, negara ini merupakan negara terkaya di dunia berdasarkan nilai kasar keluaran dalam negara (GDP) per kapita dan kadar pengangguran yang terendah di dunia.

5. San Marino – 61 km²

san marino negara paling kecil di dunia

Jika diikutkan ,negara kecil ini berada dalam Itali namun ianya bukan sebahagian daripada negara Italui. Negara ini antara negara terkaya dunia. Jumlah penduduk hanya sebanyak 30 000. San Marino merupakan negara terkecil di Eropah.

4. Tuvalu 26 km²

tuvalu negara paling kecil di dunia

Tuvalu terletak di Lautan Pasifik dan berada di timur laut Australia. Jumlah penduduk hanya sebanyak 10 000 orang. Jalan raya cuma berjarak 8 km. Negara ini jug ahanya mempunyai 1 hospital . Walaupun pemandangannya indah, namun pelancong kurang gemar untuk ke sini keran jaraknya yang jauh. Kebanyakan mereka yang datang kesini adalah atas urusan perniagaan.

3. Nauru – 21 km²

nauru negara terkecil di dunia

Nauru terkenal dengan perlombongan fosfat namun setelah kebanyakjan sumber fosfat telah habis, tidak ramai pelancong yang datang kesini. 90% peratus penduduk negara ini tidak mempunyai pekerjaan dan nnegara ini menduduki tangga kedua kadar obesiti tertinggi dunia.

2. Monaco – 2 km²

monaco negara terkecil di dunia

Monaco yang terkenal sebagai tempat perjudian, barangan mewah dan bersiar-siar menaiki bot. Bersempadan dengan Negara Perancis, kelab bola sepaknya masuk dalam liga Perancis kerana Negara ini terlalu kecil. Negara ini merupakan negara terpadat di dunia.

1. Vatican City – 0.44 km²

vatican city negara terkecil di dunia

Vatican city merupakan pusat Gereja Katolik. Negara ini mempunyai Gereja terbesar di dunia. Tempat ini amat sesuai bagi mereka yang meminati seni keran banyak karya zaman Renaissance yang dipaparkan disini. Ekonomi negara ini juga turut disumbangkan oleh Gereja Katolik Rom sebanyak 1 bilion setahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *