6 Tips Yang Mudah Bagi Mengurangkan Sakit Gigi Tanpa Minum Ubat.

Sakit gigi adalah salah satu penyakit yang sukar diubati dan juga susah untuk menghilangkan sakit itu melainkan cara lain adalah mencabut gigi yang berulang kali sakit. Sakit gigi ini pasti sangat menyakitkan hati apabila sudah terasa sakit dibahagian gigi atau gusi. Walaupun ada cara terbaik bagi menghilangkan sakit gigi iaitu dengan berjumpa doktor, Namun ramai dikalangan kita yang malas nak berjumpa dengan doktor dan ada pula yang susah untuk berjumpa dengan dortor disebabkan tempat tinggal yang jauh dan banyak lagi masalah yang sukar untuk berjumpa dengan doktor.

 

Walaupun sekarang dah ada ubat-ubatan daripada hospital dan klinik, namun ada juga di kalangan kita yang kurang berminat dengan ubat penahan sakit atau painkiller dan lebih suka memilih pendekatan yang lebih tradisional.

 

Berikut adalah beberapa tips yang boleh diambil untuk mengurangkan rasa sakit gigi sekiranya ia menyerang:

 

1. Kumur dengan air garam

 

Campurkan satu sudu garam ke dalam secawan air suam dan gunakannya untuk berkumur. Gerakkkan air garam tadi ke bahagian yang sakit beberapa kali. Selepas lebih kurang 30 saat, ludahkan air garam tadi keluar. Ulang semula beberapa kali sehingga kesakitan berkurangan.

Sekiranya tiada apa-apa kesan, boleh cuba pula cara lain.

 

2. Tuam dengan ais

 

Bahagian yang sakit juga boleh dituam dengan ais yang dibalut di dalam kain. Ais tadi akan ditekan di bahagian pipi yang sakit beberapa ketika untuk memberikan rasa kebas kepada saraf yang sakit.

 

3. Bunga cengkih

 

Ini merupakan salah satu petua tradisi yang agak popular di kalangan masyarakat kita. Caranya adalah dengan mengambil beberapa batang cengkih dan kemudiannya gigit cengkih tersebut di sekitar bahagian yang sakit.

 

Apabila digigit, cengkih tadi akan mengeluarkan minyak patinya yang mempunyai suatu bahan yang dinamakan eugenol, sejenis penahan sakit yang terhasil secara semulajadi. Ia akan membuatkan bahagian yang sakit itu sedikit kebas dan menghilangkan kesakitan yang menyucuk.

 

Selain dari cara menggigit bunga cengkih, minyak pati cengkih juga boleh digunakan dengan menitiskannya di bahagian yang sakit. Namun begitu, penggunaannya perlu diperhatikan kerana kuantiti minyak yang terlampau banyak akan membuatkan gusi dan tekak mengalami keradangan pula.

4. Daun jambu batu

 

Cara ini walaupun kedengaran agak janggal, namun dikatakan agak berkesan. Ini kerana daun jambu batu tadi akan memberikan rasa kebas pada tempat yang sakit.

Daun jambu batu juga boleh direbus dan dicampurkan dengan sedikit garam. Ianya dibiarkan suam dan kemudiannya digunakan untuk berkumur.

 

5. Garam dan Lada Hitam

 

Campuran garam dan lada hitam yang kemudiannya digaulkan dengan air untuk menghasilkan pes, dikatakan boleh juga diletak pada tempat yang sakit untuk mengurangkan rasa sakit.

 

6. Minyak Pati Vanilla

 

Selain dari minyak pati cengkih, minyak pati vanilla juga dikatakan mempunyai kesan yang sama dengan menumpulkan kesakitan pada tempat yang dititis.

Ini mungkin sekali disebabkan oleh penggunaan eugenol hasil dari ekstrak bunga cengkih yang digunakan secara meluas dalam penghasilan ekstrak vanilla.

 

Walau apa pun cara yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan, perlu diingat bahawa masalah gigi perlu dirawat dengan cara yang betul oleh doktor gigi. Semua petua ini hanya boleh mengurangkan rasa sakit, tetapi ia tidak menjamin yang kesakitan itu akan terus hilang selamanya. Ianya mungkin kembali pada bila-bila masa dan mungkin akan lebih menyeksakan daripada sebelumnya.

 

Sekiranya anda lebih sanggup menanggung kesakitan daripada berjumpa doktor gigi, anda mungkin sekali seorang yang mengalami odontophobia.

 

Boleh amalkan doa ini juga bagi menghilangkan sakit pada gigi. InsyaAllah dengan izin Nya.

 

 

semoga perkongsian ini lebih bermanfaat pada kita semua…selamat mencuba..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *