Lampu Kereta ‘Kusam’ Selepas Beberapa Tahun, Ini Cara Mudah ‘Restore Headlamp’ Anda.

Headlamp kusam dan menguning sering terjadi kepada kereta-kereta lama. Penampilan lampu yang menguning tentunya mancacatkan penampilan kereta anda. Antara pilihan yang ada untuk masalah ini adalah dengan membeli lampu yang baru. Namun, tentulah akan memakan kos yang tinggi. Oleh itu, terdapat cara lain untuk mengembalikan serinya dengan kos yang minimum.

Dengan hanya menggunakan ubat gigi boleh menghilangkan kekuningan dan kusam pada lampu kereta anda. Tentunya anda tertanya-tanya keberhasilannya kan? Di dalam kandungan ubat gigi, terdapat zat-zat yang berfungsi sebagai pemutih. Berikaut merupakan cara mudah untuk mengilatkannya semula.

Cara Memutihkan Semula Headlamp

Alat-alat Yang Diperlukan

  1. Air suam

        Boleh dimasukkan dalam botol spray untuk memudahkan kerja anda.

  1. Ubat gigi

         Pastikan ubat gigi mengandungi baking soda dan peroxide. Dua zat ini berfungsi sebagai pemutih.

  1. Berus gigi

         Gunalah berus gigi yang tidak digunakan lagi. Sebaiknya jenis soft.

  1. Kain lap
  2. Wax

Cara membersihkan

  1. Bersihkan headlamp anda dengan air bersih. Keringkan dengan mengelapnya. Pastikan tidak ada debu dan kotoran lagi.
  2. Setelah kering, sapukan ubat gigi secara rata ke seluruh permukaan. Pastikan ketebalannya sama. Tidak terlalu tipis ataupun terlalu tebal.
  3. Proses menggosok dimulakan. Gosokan harus disertai dengan tekanan. Cara menggosok pula dengan cara melingkar. Pastikan semua permukaannya digosok.
  4. Biarkan beberapa minit. Jika Nampak sudah terlalu kering, spraykan dengan air suam tadi. Kemudian, boleh hilangkan ubat gigi dengan mengelapnya. Lakukan berulang kali sehigga benar-benar bersih.
  5. Setelah bersih dan kering, oleskan segera dengan wax. Ini sangat berguna untuk membentuk lapisan terluar pada headlamp untuk mengelakkan warna kuning kembali dengan cepat.
  6. Bersihkan wax. Kini anda boleh melihat hasilnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *