Aduhai!! Buta Akibat Main Permainan Dalam Telefon

Dongguan, China seorang wanita berusia 21 tahun yang dikenai sebagai Wu kini buta kerana mengalami halangan arteri retina pada mata kanannya. Dia menyedari matanya di sebelah kanannya tidak dapat melihat akibat bermain permainan telefon pintar tanpa henti pada 1 Oktober lalu.

Wu mengakui banyak menghabiskan masa bermain telefon bimbitnya. Dia boleh bermain telefon bimbitnya tanpa hentisehingga 7 atau 8 jam sehari pada hari biasa.

Menurut doktor, Wu yang dibawa ke hospital untuk pemeriksaan telah didiagnos mempunyai halangan arteri retina pada matanya.

Pada mulanya Wu mengangap bahawa keadan itu berlaku mungkin disebabkan keletihan dan mengambil keputusan untuk tidur namun pada keesokkannya, matanya masih buta selepas bangun.

Menurut doktor, keadaan itu biasanya berlaku pada pesakit warga emas, tetapi kes Wu mungkin disebabkan terlalu menumpukan pada skrin telefon pintar yang kecil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *