Afdlin Shauki Luah Rasa Bangga “Baju Memang Kami Beli, Tapi Kurnia Tidak”.

Baru-baru ini telah tercetusnya keselisihan paham diantara dua artis iaitu Zizan Razak dan juga Hans Isaac. Di mana Zizan telah membuat satu gurauan yang telah menyinggung perasaan Hans Isaac mengenai gelaran Dato’ kepada Hans Isaac . Walau bagaimanapun isu itu telah diselesaikan dengan cara baik bagi kedua pihak.

 

Terbaru, Afdlin Shauki melalui status facebook, beliau luah rasa bangga dengan pencapaian yang dimiliki serta rakan seperjuangan termasuk Hans Isaac.

 

Kurnia ini bukan kami cari

 

 

Assalammualaikum. Lewat malam ni aku berfikir. Masih rasa macam dalam alam mimpi. Tak pernah berlaku dalam sejarah industri hiburan ini apa yg berlaku pada kami. Tak sangka yg 4 orang sahabat satu angkatan dapat mencapai kurnia ini sewaktu kami semua masih hidup. I am so proud of my brothers. Peduli apa orang nak kata. Baju tu memang kami beli. Tapi kurnia kami tidak. Kurnia ini bukan kami cari.

Kami hanya buat yg terbaik dalam hidup kami untuk memberi nafkah terbaik utk keluarga kami. Tapi dalam perjalanan itu, ada manfaat juga yg di berikan kepada masyarakat. Terima kasih kepada pihak istana yg memberi pengiktirafan kepada kami sebagai anak seni, usahawan dan sukarelawan. Allah SWT saja tahu apa yg kita sudah buat dgn bakat, tenaga dan harta kami selama ini. Kami bermula dari bawah dgn penuh kesusahan.

 

Bersyukur dan merasa rendah diri di atas pemberian-Nya

 

 

Kami bukan tak pernah jatuh dan bangun. Dgn berbekalkan kepercayaan pada diri sendiri, keinginan utk menghibur dan memberi manafaat, kami sampai ke tempat ini. Kini kami masih berusaha. Masih belajar. Masih memberi manfaat. Semoga kami dapat memberi peransang kepada sesiapa sahaja yang tak percaya yang seorang budak flat sri sabah boleh merubah hidup keluarganya dan menjadi pemangkin perubahan dalam industri atau masyarakat sekelilingnya.

Terimakasih kepada yg menyokong kerja-kerja kami selama ini. In Shaa Allah kami akan terus memberi yg terbaik dan membawa perubahan positif pada industri kami dan masyarakat Malaysia. Percayalah! You can do it too!! Aku bersyukur pada Allah SWT dan sangat merasa rendah diri di atas pemberian-Nya ini.

 

 

Sumber : Afdlin Shauki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *