Akibat Keracunan Makanan Atlet Malaysia Tarik Diri Daripada Bertanding Sukan SEA 2017

Ketika temasya Sukan SEA 2017 masih lagi berlansung, terdapat banyak berita kurang enak telah kita dengar. Antaranya ialah tiada perkampungan sukan disediakan yang khusus dan kesemua kontijen hanya ditempatkan di hotel-hotel.

Selain daripada masalah penginapan, masalah pengangkutan juga antara yang tersenarai. Kelewatan bas ketika mengambil pasukan bola sepak wanita Myanmar disebabkan pemandu bas tersebut dituduh mencuri telah menjadi bahan di dada akhbar.

Kali ini pula seramai 16 orang atlet Malaysia daripada pasukan pasukan renang dan petanque telah mengalami keracunan dan seorang daripanya telah dimasukkan ke hospital. Dikhabarkan, kesemua atlet tersebut menginap di sebuah hotel terkemuka.

Antara atlet yang terpaksa menarik diri ialah Daniel Bego, perenang negara. Daniel Bego terpaksa menarik diri daripada bertanding bagi acara 200m renang bebas.

Semoga atlet Malaysia senantiasa menjaga kesihatan diri agar mampu memberikan aksi terbaik mereka dala usaha Malaysia memenangi temasya Sukan SEA 2017. #BangkitBersama

 

Be the first to comment on "Akibat Keracunan Makanan Atlet Malaysia Tarik Diri Daripada Bertanding Sukan SEA 2017"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*