Aktiviti Internet Direkod Syarikat Telco? 3 Langkah Mencegah ‘Browser History’ Dikesan Telco

Pada zaman kini, melayari internet bukan lagi perkara asing. Seolah-olah, sehari tanpa melayari internet, kita akan berasa janggal. Melayari internet sememangnya menyeronokkan pada waktu lapang dan pada masa rehat, tapi tahukah anda bahawa aktiviti pelayaran internet anda sebenarnya terdedah risiko direkod? Dan paling teruk, perekod tersebut adalah syarikat telco anda sendiri.

Jika sebelum ini, kita akan memadamkan ‘history’ browsing untuk mengelakkan orang lain tahu tentang rekod laman web yang dilawat kita, namun dengan 3 cara ini, maklumat penggunaan internet anda  tidak dapat dikesan ataupun direkod oleh mana-mana pihak.

1.Gunakan Incognito Mode

Mod penyamaran ataupun (Incognito Mode) adalah suatu fungsi yang mana akan memberikan privasi yang lebih baik berbanding mod pelayar yang biasa. Mod ini sememangnya sudah tersedia pada pelayar Chrome dan Firefox. Walaupun kaedah ini tidak dapat mengelakkan maklumat anda daripada dikesan oleh Telco, namun ianya sesuai bagi anda yang tidak mahu sebarang “browser history” disimpan didalam peranti atau PC anda.

2.VPN

Fungsi VPN adalah untuk menjadikan sambungan internet anda sebagai sebuah sambungan peribadi yang sulit. Dengan menggunakan kaedah ini maka tiada pihak yang akan dapat merakam data ataupun lokasi anda ketika proses pelayaran internet.

Namun begitu, masih juga ada sedikit masalah yang akan anda hadapi, iaitu sambungan internet daripada VPN percuma adalah agak perlahan dan berbatas. Untuk mendapat sambungan VPN yang terbaik dan laju, anda perlu membuat sedikit pembayaran bulanan kepada pihak yang menyediakan servis tersebut.

Untuk kegunaan peranti pintar, apliaksi VPN ini boleh didapati dengan mudah dalam Playstore ataupun Appstore

3.TOR Browser

Kaedah yang terakhir ialah dengan menggunakan pelayar khusus ialatu dikenali sebagai TOR Browseryang di bangunkan oleh TOR project. pelayar ini sememangnya telah di encrypted dan semua maklumat pelayaran tidak akan dapat dikesan oleh mana-mana pihak.

Untuk makluman anda juga, TOR browser ini digunakan oleh pengguna untuk mengakses ke darkweb ataupun deepweb. Sedikit nasihat daripada kami, jangan sesekali cuba melayari deepweb atau darkweb sekiranya anda tidak bersedia, kerana berkemungkinan peranti anda akan digodam oleh penggodam yang sentiasa menunggu mangsanya di laman tersebut.

Untuk memuat turun aplikasi TOR anda boleh sahaja membuat carian di google, ataupun dapatkan sahaja dalam Playstore.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami, semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *