[Al-Fatihah] Bekas Pelajar Terbaik SPM 2013, Dr Ahmad Atiq Meninggal Dunia

SHAH ALAM РBekas pelajar terbaik SPM 2003, Dr. Ahmad Atiq Abd. Hamid, 31, dilaporkan meninggal dunia akibat pendarahan otak pada malam tadi.Memetik perutusan takziah Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), pihaknya melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham yang juga merupakan  Pengerusi Ikram Health Perak.

“Ikram mengucapkan takziah kepada isterinya, Dr. Mai Shahira Meor Hazizi, kaum keluarga serta Ikram Perak atas kehilangan sebutir permata yang amat bernilai ini,” petik kenyataan Ikram.

 

 

Allahyarham Dr Ahmad Atiq Abd Hamid, 31, pernah menghiasi muka hadapan majalah Fokus.
Difahamkan Jenazah allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Meru Raya, Ipoh Perak, hari ini.Allahyarham yang telah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Klang, sebelum ini muncul pelajar terbaik SPM selepas memperoleh keputusan 15A pada tahun 2003.Bapa kepada dua cahaya mata, graduan University of Nottingham ini merupakan pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Karai, Kuala Kangsar serta aktivis Ikram dan Ikram Health yang gigih menggerakkan dakwah dan tarbiah.

Latarbelakang Dr Ahmad Atiq Bin Abd Hamid

Dr. Ahmad Atiq Bin Abdul Hamid (31 tahun) yang merupakan pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Karai, Kuala Kangsar, seorang aktivis dakwah & tarbiyah di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia & IKRAM Health telah mengalami pendarahan dalam otak pada 22/9/2017. Namun disahkan meninggal dunia pada 25 September 2017. Beliau adalah bekas graduan perubatan dari Nottingham University, United Kingdom.

Beliau dilaporkan tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalam otak dan dikejarkan ke Hospital Ipoh untuk mengurangkan tekanan di dalam otak serta membuang darah beku. Keadaan beliau kali terakhir bergantung kepada alat bantuan pernafasan (ventilator) dan difahamkan petang 25 September 2017 sebelum bantuan pernafasan diputuskan. Semua dibenarkan melawat tanpa sekatan waktu sekarang dan keluarga akan diberi masa untuk bersama Dr Atiq seterusnya. Isteri Dr. Atiq adalah Dr. Mai Shahira graduan perubatan Leicester University United Kingdom berkelahiran Negeri Perak dan telah mempunyai 2 org cahaya mata (yang kedua baru berusia 3 bulan).

 

“Wahai Allah, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskan lah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskan lah jalan masuknya cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilan rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, dari yang ditinggalkan, serta suami (istri) yang lebih baik dari yang ditinggalkannya pula. Masukkanlah dia kedalam surga, dan lindungilah dari siksanya kubur serta fitnah nya, dan dari siksa api neraka. Wahai Allah berikanlah ampun, kami yang masih hidup dan kami yang telah meninggal dunia, kami yang hadir, kami yang ghoib, kami yang kecil-kecil kami yang dewasa, kami yang pria maupun wanita. Wahai Allah, siapapun yang Engkau hidupkan dari kami, maka hidupkanlah dalam keadaan iman. Wahai Allah janganlah Engkau menghalangi kami, akan pahala beramal kepadanya dan janganlah Engkau menyesatkan kami sepeninggal dia dengan mendapat rahmat-Mu wahai Tuhan lebih belas kasihan. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *