Al Fatihah – Sultan Kedah Mangkat. Ini Biodata Perjalanan Hidup Almarhum Sultan Kedah.

Al-Fatihah kepada sultan kedah yang baru saja mangkat, semoga rohnya dicucuri  rahmat dari Allah S.W.T.

 

Sumber daripada Negeri Kedah memaklumkan bahawa tuanku Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah mangkat pada jam 2.30 petang tadi dalam usia 89 tahun di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

 

Almarhum di masyhurkan sebagai Sultan Kedah pada tahun 1958, baginda merupakan sultan yang tertua setakat ini dan telah kembali ke pangkuan Allah S.W.T. Semoga Allah Mencucuri rahmat dan Rahim Nya ke atas roh baginda.

 

Baginda yang telah diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Tuanku Abdul Halim merupakan anakanda ketiga Almarhum Sultan Badlishah Ibni Almarhum sultan Hamid Halim Shah dan Almarhumah Yang Mulia Tunku Sofia Tunku Mahmud.

 

Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah merupakak satu-satunya Sultan yang menjai Yang Di Pertuan Agong sebanyak dua kali. Kali pertama pada 1970-1975 Ketika Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri dan kali kedua pada 11 April 2012 ketika Dato Sri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri. Pelantikan kedua untuk lima tahun mulai 13 Disember 2011 dan menamatkan dalam tempoh lima tahun iaitu pada tahun 2016.

 

Tuanku Abdul Halim memulakan zaman persekolahan rendah di Sekolah Melayu Alor Merah. Sekolah Melayu Titi Gajah dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Sebagai putera raja yang berhemah tinggi, Tuanku Abdul Halim terkenal dengan penuturan yang lemah lembut dan bersopan santun. Baginda adalah pemerintah yang dididik daripada kecil dengan penuh didikkan nilai-nilai pekerti dan tingka laku yang tinggi berasaskan agama dan keduniaan.

 

Sultan Abdul Halim juga dikenali sebagai pemerintah berjiwa rakyat dan berusaha tanpa mengenal penat lelah dalam menjaga kebajikan rakyat. Sifat keprihatinan baginda terserlah ketika Negeri Kedah dilanda banjir terburuk pada Disember 2005. Kebimbangan baginda terhadap rakyat juga terbukti sekali lagi apabila Negeri Jelapang Padi itu dilanda banjir pada November 2010 dan baginda turun padang untuk bertemu dengan rakyat di pusat-pusat pemindahan.

 

Sultan Abdul Halim juga akan diingat dengan beberapa tindakan sederhana baginda. Pada tahun 1970 baginda hanya menaiki keretapi ke Kuala Lumpur untuk upacara pertabalan sebagai Yang Di Pertuan Agong Malaysia. Pada tahun 20016, Almarhum juga mengejutkan jutaan peminat bola sepak Kedah apabila baginda berjalan lebih daripada sebatu untuk melihat pasukan Kedah menentang Pulau Pinang setelah terperangkap dalam kesesakan trafik yang teruk.

 

Takziah atas kemangkatan baginda Sultan Kedah Abdul Halim Muadzam. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin

Be the first to comment on "Al Fatihah – Sultan Kedah Mangkat. Ini Biodata Perjalanan Hidup Almarhum Sultan Kedah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*