Alasan Nak Minta Surat Cuti Sakit (MC) Yang Kelakar. Rasanya Korang Pernah Buat Camni..

Bagi yang berkerja kadang-kadang anda akan merasa badan tidak selesa untuk berkerja pada hari tersebut. Namun bila ke klinik, doktor cuma memberi time slip sahaja. Ini bermakna anda kena datang juga kerja selepas mendapat rawatan .

Oleh sebab itu, ramai yang nak kelentong bs supaya dapat rehat 1 hari.

Jom tengok alasan yang sering digunakan untuk mendapatkan surat cuti sakit atau MC ini.

 # Alasan semua penyakit ada.

Sebelum kita menerima rawatan, doktor pasti akan bertanya keadan diri kita sebelum di diagnos.

Selalunya orang akan buat camni bila doktor sedang menyoal siasat kita.

“Doktor, saya datang ini sebab sakit kepala.” sambil muka berkerut-kerut.

“Cirit birit, ada?” – ada, doktor.
“Kencing lawas tak?” – lawas, doktor.
“Kentut ada masalah?” – kadang-kadang ada, doktor.
“tangan ada rasa macam lenguh-lenguh?” – ada, doktor.
“telinga ada rasa macam gatal-gatal?” – aah, ada, doktor.

# Tak nak ikut prosedur. Terus nak surat cuti sakit.

Pesakit: Doktor, saya ni dah batuk teruk sampai keluar darah ikut sekali dengan kahak.

Dr : Kita check kahak dulu ye. Kita nak check tengok mungkin kena tibi ke apa?

Pesakit:  Takyah la doktor. Bagi surat cutidan ubat dah cukup. Lepas rehat sehari dua mungkin akan OK.
# Bawak pelakon tambahan

Yang ni paling mencabar bagi doktor. Bila pesakit dating dengan “pelakon tambahan” susah nak deal.

Dr: Saya tengok pesakit ni Cuma sakit ringan je. Rasanya tak perlu la nak cuti.

Pelakon tambahan : Dia ni dah tak larat nak jalan doktor. Tak kan la nak suru kerja lagi..

 

# Arahan dari bos supaya ambil cuti sakit.

“Tapi saya memang tak datang kerja hari ini. Bila bagitahu supervisor, supervisor suruh minta MC! Dia cakap taknak orang dekat opis kena jangkit sekali”

# Pelakon tahap Bolywood

Pesakit jenis ini sebelum masuk klinik memang sihat. Masuk je premis klinik lakonan dah bermula.

Sakit kepala bagai nak meletup kepala tu. Kalau nak batuk boleh dengar satu bangunan bunynya. Belum lagi trik bagi mata merah.

Selalunya doktor akan tertipu bila pesakit berlakon.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *