Amalkan Doa Dan Amalan Ini Sebelum Tidur – Mengelakkan Rumah Dimasuki Pencuri, Jin Dan Iblis

Sekarang ni macam-macam kes telah berlaku, antara kes yang sering kita dengar adalah kes pecah rumah dimana ahli keluarga dibunuh atau dirogol dan pelbagai barangan yang dicuri padahal rumah dah dikunci dengan manga. Walaupun rumah kita sudah dikunci, namun masih juga ada kes pecah rumah ini. Ini kerena pelbagai carapencuri gunakan untuk pecah masuk rumah. Apa yang paling menakutkan kita adalah apabila pencuri mengguanakan ilmu sihir untuk memasuki rumah kita.

 

Cuba kita muhasabah semula…

 

Adakah kita seharus bergantung pada kunci sahaja untuk pastikan anak-anak, isteri dan keluarga kita selamat ketika tidur waktu malam hari?

 

Adakah kita pernah memagar rumah kita dengan pendinding ayat Al-Quran?

 

Cara-cara elak rumah dimasuki pencuri, jin atau iblis

 

1. Ketika rumah, pejabat, kedai anda telah dikunci, letakkan tapak tangan anda ke dinding atau pintu rumah dan baca doa berikut :

 

a.  Mengucap dua kalimah syahadah (1 kali)
b.  Selawat ke atas nabi (2 kali)
c.  Ayat kursi (1 kali)
d.  Baca ayat 9 dari Surah Yasin (1 kali)

 

“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun”

 

Maksud ayat:

“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula), dan kami tutup(mata), mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”

 

2. Baca ayat kursi ketika hendak tidur, dalam hadis disebutkan Allah akan melindungi kita dari gangguan syaitan sampai pagi.

 

3. Berwudhu sebelum tidur, dalam hadis disebutkan Allah akan mengirim malaikat untuk menjaga kita selama kita tidur.

 

4. Jangan letak gambar makhluk hidup dalam rumah, kerana malaikat tak akan masuk rumah yang ada gambar makhluk hidupnya. Jika malaikat tak masuk, siapa yang akan melindungi rumah kita?

 

5. Amalkan baca Surah-Al Baqarah. Antara kelebihan surah al-Baqarah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Rumah yang di bacakan surah al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan”

 

Jika ini diamalkan insha Allah kita, keluarga kita dan harta kita sentiasa berada dalam penjagaan dan jaminan Allah. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar dihindari dari segala kecelakan dunia dan akhirat. Amin…

 

 

Sumber : MYSCHOOL287.TK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *