Anak Emak Bersemangat Dah Nak ke Sekolah. Tapi Kena Harungi Jambatan Yang Canggih Ni. Viral, Keluarga Ini Mohon Maaf.

02 Januari 2018, merupakan hari pertama persekolahan bagi seluruh pelajar di Malaysia kecuali beberapa negeri yang bermula awal sehari. Pelbagai karenah dan gelagat anak-anak yang baru masuk ke darjah satu boleh kita lihat. Bahkan, tidak dilupa kepada guru-guru yang terpaksa mengharungi banjir dan jalan licin untuk sampai ke sekolah.

Tidak sampai sehari, viral pula satu video berkenaan seorang pelajar terpaksa melepasi jambatan gantung yang semakin usang dan menunggu masa untuk jatuh. Jambatan ini musnah akibat banjir terdahulu di Bukit Betong , Lipis namun sehingga sekarang jambatan tersebut belum lagi disiapkan. Jambatan ini merupakan jalan alternatif kepada jambatan utama yang telah runtuh pada tahun 2014 yang lalu. Setelah video tersebut viral, YB Adun Jelai telah menemui keluarga berkenaan dan memberi penjelasan tentang isu berkenaan. Hal ini dianggap selesai dan keluarga ini memohon maaf atas salah faham yang berlaku.

Berikut merupakan sc berkenaan kejadian tersbut. Diharapkan agar orang ramai dapat menilai perkara ini dengan sewajarnya tanpa menuding jari kemana-mana pihak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *