Anda Kerap Digigit Nyamuk? Jom Baca Antara Sebab Nyamuk Ni Suka Kat Korang

Mesti pelik kan, rupanya nyamuk pun pandai memilih mangsanya juga. Lagi hairan kalau tempat yang anda pergi bersama rakan-rakan yang lain, nyamuk tersebut lebih menyukai untuk menghisap darah anda berbanding rakan anda yang lain. Nak tahu kenapa? Jom baca.

a) Badan Mengandungi Karbon Dioksida Yang Banyak

Antara salah satu penyebab nyamuk suka datang kepada anda adalah disebabkan badan kita mengeluarkan kadar karbon dioksida yang banyak. Lagi banyak badan kita keluarkan karbon dioksida, lagi berseleralah nyamuk tu kat kita.

b) Suhu Badan Tinggi

Kebiasaannya, individu yang berbadan besar dan wanita mengandung dan orang yang baru selesai bersenam akan digemari oleh sang nyamuk dek kerana suhu badan mereka yang tinggi.

c) Jenis Darah

Menurut kajian, darah jenis O lebih digemari oleh nyamuk berbanding darah jenis A. Hal ini kerana, komposisi badan akan mengeluarkan bahan kimia melalui kulit, dan dari itulah nyamuk dapat mengenalpasti darah jenis apakah si mangsa mereka. Patutlah nyamuk selalu datang hinggap kat tempat admin, mungkin sebab darah O darah manis kot.

d) Komposisi Kulit

Setiap individu mempunyai komposisi mikrob yang berbeza pada kulit masing-masing. Oleh itu, komposisi unik mikrob itulah juga yang akan mempengaruhi jumlah nyamuk yang akan datang untuk menghisap darah anda.

e) Aktif Mengeluarkan Peluh

Mana-mana aktiviti yang mengeluarkan peluh pasti penyebab utama suhu badan kita meningkat. Hal ini kerana jumlah asid laktik akan meningkat dan akan menyebabkan kulit kita mengeluarkan haba. Nyamuk lebih utamakan mangsa yang bersuhu badan tinggi, oleh itu anda yang berpeluh pasti akan jadi mangsa utama.

 

Sekian perkongsian untuk hari ini. Cegah aedes dan denggi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *