Apa Yang Anda Harus Lakukan Sekiranya Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang? Jom Ikuti Tips Ini

Bagaimana reaksi anda jika kereta yang anda pandu secara tiba-tiba dilanggar dari belakang? Pening? Panik? Bingung kerana benda ni berlaku first time? Peguam ini telah berkongsi tips yang berkesan sekiranya kereta kita dilanggar dari belakang.

Apa Yang Anda Harus Lakukan Sekiranya Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang? Jom Ikuti Tips Ini

Berikut merupakan tindakan penting yang perlu anda lakukan:

  1. Sekiranya insiden berlaku, paling penting anda kena tenang dan jangan gelabah.
  2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan yang lapang supaya tidak menyebabkan kesesakan jalan raya dan tidak mengancam keselamatan mana-mana individu.
  3. Setelah anda melihat kenderaan yang melanggar anda turut berhenti di belakang anda, buat rileks dan ambil gambar kereta tersebut (nombor plat dan cukai jalan kenderaan jangan lupa). Jangan bertindak terburu-buru seperti membawa alatan yang boleh mengakibatkan kecederaan kerana anda boleh disabitkan kesalahan.
  4. Setelah pemandu yang melanggar anda keluar dari kereta, sapa dia dengan baik dan berhemah. Di situ anda boleh memulakan perbualan dengan bertanya kenapa dia melanggar kereta anda. Biasanya, dalam situasi begini akan timbul tuduh menuduh antara satu sama lain. Yang penting, kena kawal emosi tu ye.
  5. Minta dengan orang tersebut cara yang baik, kad pengenalan dan lesen memandu beliau sekali dan gambar dengan jelas.
  6. Sekiranya orang tersebut mengaku bersalah, minta dia tanggung kos pembaikan kereta anda. Jangan minta wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda (minta quotation terus!). Benda ni lagi bagus kalau terus pergi, jangan ditangguh walaupun ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan, lagi bagus tak payah pening kepala pikir dah. Jangan lupa juga ambil terus nombor telefon dia, dan nombor yang anda rasa senang nak contact sekiranya orang tu tak menjawab panggilan anda.
  7. Akan tetapi, sekiranya orang tersebut tidak mengaku bersalah, anda tenang. Bagitahu dia bahawa dari segi undang-undang adalah kesalahan atas kecuaian sekiranya kenderaan yang mereka pandu melanggar kenderaan lain dari belakang. Kat sini confirm orang tu dah goyang sikit.
  8. Jika dia berkeras juga tidak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu menanggung kos pembaikan kereta anda, tidak mengapa. Jangan buat perkara yang boleh dikaitkan sebagai kesalahan jenayah terhadapnya, anda pula yang kena tangkap, sia-sia tak dapat baiki kereta. Yang penting anda telah berjaya mendapat segala maklumat berkenaan kenderaan tersebut dan siapa pemandu tersebut.
  9. Apa yang anda perlu lakukan adalah terus ke balai polis dan buat laporan insiden tersebut secepat mungkin. Dengan laporan tersebut, pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insurans mana yang kenderaan langgar kereta anda tadi.
  10. Setelah jumpa, pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan minta 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

 

Dan selesai! Pasni jangan bingung dan pening-pening lagi ye. Ikuti tips ni supaya urusan mudah dan tidak memakan masa.

Be the first to comment on "Apa Yang Anda Harus Lakukan Sekiranya Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang? Jom Ikuti Tips Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*