Apa Yang Patut Kita Lakukan Untuk Menutup Aib, Jika Ibu Meninggal Dunia. Anak Lelaki Wajib Tahu!

Kematian adalah sesuatu yang pasti menimpa siapapun manusia di dunia ini. Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati dan sesungguhnya mati itu adalah benar.

 

Apa yang patut kita lakukan untuk menutup aib kepada yang meninggal. Jika seandainya ibu kita ditakdirkan meninggal dunia, seharusnya kita perlu buat langkah yang pertama iaitu menutup aib ibu kita. Sebelum kita memanggil orang kampung, kita perlu membuat langkah-langkah yang sepatutnya kita lakukan. Jangan biar orang kampung mengetahui atau berkata-kata dengan aib ibu kita hanya kerana kita malas membaca ilmu ini.

 

  1. Jangan cemas atau panik dengan apa yang telah terjadi.
  2. maklumkan kepada ahli jawatankuasa masjid yang terdekat.
  3. Sementara itu sapu minyak dikelopak mata arwah untuk lembutkan kembali, kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.
  4. Begitu juga dengan tangan arwah. Sapu sedikit minyak pada kedua-dua siku untuk melembutkan, kemudian letakkan tangan arwah kedua-dua di atas perut.
  5. Letakkan sesuatu benda yang berat diatas perut, jangan pula terlampau berat. Letakkan seperti gunting besi bagi menggelakkan perut masuk angin.
  6. Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan duit syiling.
  7. tangan pastikan diikat dengan pecrca kain.
  8.  Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain.
  9. Jika ada darah yang keluar dari hidung atau telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar.
  10.  Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.. boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dan juga sebagainya, asal saja dapat menutupi jenazah.
  11. Jika arwah meninggal pada waktu tengah malam. Rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh.
  12. Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik atau hospital. Cuba dapatkan sebaiknya.
  13. Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.
  14. Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.

 

Sebaiknya anda menyimpan nombor handphone ahli jawatankuasa untuk kebaikan anda.Seandai perkara yang kita tidak ingini ini terjadi senang kita terus hubung ahli jawatankuasa. Lagi senang kenal-kenal dengan ajk-ajk masjid takpun yang penting cam muka-muka ahli-ahli jawatankuasa masjid.

 

Untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan(wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan).

Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya. waris simati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu.

 

Harus bersedia menghadapi kematian. Mati yang pasti.
Share dgn semua orang.
Wallahu’ala

 

“Barang siapa yang memandikan seorang muslim, seraya dia menyembunyikan dengan baik, maka Allah akan memberikan ampunan 40 kali kepadanya. Dan barangsiapa membuatkan lubang untuknya lalu menutupinya maka akan diberlakukan baginya pahala seperti pahala orang yang memberinya tempat tinggal kepadanya sampai hari kiamat kelak. Dan barang siapa mengkafaninya, niscaya Allah akan memakaikan kepadanya dihari kiamat kelak, pakaian dari kain sutra tipis dan pakaian sutera tebal syurga.”
(HR. Hakim dan Baihaqi)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *