Aplikasi ‘Surat Cinta’ Tanpa Nama. Sarahah Semakin Popular.

Aplikasi Sarahah merupakan aplikasi yang menjadi sebutan sejak beberapa bulan lepas. Ini terbukti dengan ianya menjadi aplikasi percuma yang paling banyak dimuat turun di iOS App Store dan yang kedua di Google Play, mengalahkan aplikasi dari syarikat terkenal lainnya.

Penggunaan Sarahah tidak dinafikan fleksibel. Sejurus pengguna mendaftar, anda boleh meletakkan pautan dimana-mana laman media sosial supaya rakan anda boleh menghantar mesej tanpa anda tahu siapakah pengirimnya.

Aplikasi ini sesuai untuk para ‘secret admire’ untuk meluahkan perasaan yang tersimpan. Pada mulanya, aplikasi ini memberi peluang untuk para pekerja yang malu atau takut untuk bersuara kepada bos mereka. Namun, penemu aplikasi ini kemudiannya mengambil keputusan untuk membawa aplikasi ini ke aras yang lebih tinggi.

Terdapat juga aplikasi lain seperti ask.fm yang mempunyai ciri yang sama dengan Sarahah. Namun Sarahah tampil berbeza dengan pengguna tidak boleh memberi mesej balas kepada penghantar.

Namun, setiap yang baik ada buruknya. Penggunaan Sarahah yang melampau tentulah akan membawa kes seperti buli di alam maya dan lain-lain lagi. Penulis berharap agar para pengguna dapat memanfaatkan sepenuhnya aplikasi ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *