Awasi Pasangan Anda – Perkara-Perkara Berikut Menandakan Mereka Curang Pada Anda

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kantoinya Aliff Aziz bersama Afifah Nasir. Dah lah kat pusat karaoke, lepas tu bini dia baru je lepas melahirkan anak.

Sebab tu lah, jangan nak percaya sangat kalau pasangan anda nampak baik dan peramah di depan anda. Tapi, anda tidak tahu apa yang berlaku di sebalik tabir. Yang penting, kita harus berwaspada dan peka terhadap perubahan pada pasangan masing-masing.

Berikut merupakan antara tanda-tanda yang jelas dan nyata mereka curang sekiranya mereka melakukan perkara seperti berikut:

1. Pasangan akan respon dengan nada marah sekiranya ditanya akan lokasi mereka sekarang. Dah la lewat balik rumah, lepas tu nak tanya lokasi pun kena marah. Mesti ada something fishy kan?

2. Dah lama pasangan anda tak menjaga penampilan lebih-lebih lagi kat depan anda, itu pun last time masa kahwin kot. Tiba- tiba, dia pulak sibuk nak jaga penampilan, nak nampak lawa (perempuan), atau macho dan tampan (lelaki).

3. Perubahan sikap yang ketara antara pasangan. Dahulunya mesra dan manja, sekarang nak masam ja memanjang. Takut kantoi la tu.

4. Pandai membawa telefon bimbit ke dalam tandas. Lepas tu kalau pasangan tanya kenapa nak bawa fon, senang-senang ja pakai alasan nak main game. Padahal nak reply mesej skandal dalam keadaan aman dan privacy.

5. Telefon bimbit ada password? Yang ni lagilah tak boleh pakai. Bukankah kalau dah berkahwin, suami dan isteri tidak perlu merahsiakan antara satu sama lain dan bersikap lebih terbuka?

Leave a comment

Your email address will not be published.


*