Bagaimana Nak Pastikan Duit Tu Betul Atau Palsu Tanpa Ambil Masa Yang Panjang? Ikuti Langkah Ini

Sebagai peniaga di mana-mana tempat, terutama di tempat yang selalu menjadi tumpuan orang dan sibuk seperti kedai makan, restoran, atau pusat membeli-belah, setiap kali pembeli menghulurkan duit selepas selesai urusan mereka, rata-rata pasti menerima begitu sahaja.

 

Namun, sedarkah anda bahawa duit yang diterima itu yang betul (original) ataupun palsu?

 

Kebiasaannya, orang yang menggunakan taktitk membayar pakai duit palsu ini akan menggunakan duit besar seperti RM 100 dan Rm 50, pada masa itulah ramai pulak orang beratur nak membayar, jadi masa untuk mengenalpasti keaslian duit tu terhad.

 

Untuk kedai yang mempunyai mesin pengimbas wang menggunakan ultraviolet, syabas diucapkan. Sekurang-kurangnya ada inisiatif, akan tetapi, bagaimana pula dengan yang tidak mempunyai mesin tersebut?

 

Artikel ini sedikit-sebanyak akan mengajar anda bagaimana untuk mengenalpasti sama ada duit itu tulen atau ciplak, dengan masa yang singkat, tanpa perlu ada mesin ultraviolet tersebut.

 

1. Halakan duit tersebut ke tempat yang ada cahaya. Sekiranya anda boleh nampak gambar agung dalam duit tersebut, maka duit itu adalah tulen (genuine).

 

 

 

2. Di bahagian belakang duit tersebut, akan terpapar tulisan halus nilai duit itu. Contoh gambar menggunakan RM100. Maka tulisan halus RM100 akan terpapar, dan itu menandakan bahawa duit tersebut adalah tulen.

 

 

Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Semoga kita mengambil inisiatif atau langkah yang terbaik untuk mengelakkan diri daripada kegiatan orang yang menggunakan duit palsu ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *