Bahaya Sakit Gigi – Ia Boleh Membawa Maut Jika Tidak Dirawat!

Seringkali kalau kita merasa gigi sakit, apakah tindakan yang akan kita lakukan?

Kebanyakannya pasti akan menelan paracetamol dengan harapan untuk meredakan kesakitan tersebut.

Namun, jangan ambil mudah akan sakit tersebut!

Pada Januari 2017, Vladim Kondratyuk Anatoliyevich telah meninggal dunia akibat kesakitan gigi yang dialami oleh beliau.

Bekerja sebagai pemandu lori, Vladim telah mengadu sakit gigi selama beberapa minggu.

24 Januari 2017, ketika dalam perjalanan ke New York, beliau sempat menerima rawatan pembersihan gigi dan antibiotik.

Akan tetapi, sakit tersebut tidak berhenti di situ. Mulut Vladim semakin membengkak.

Keadaan beliau semakin tenat, diberi rawatan dialisis sehingga akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada pagi Isnin, 6 hari selepas menerima rawatan gigi yang pertama. Apa yang terjadi?

Menurut Nataliya, hospital mendapati bahawa suaminya menghidap diabetes.

Jangkitan yang bermula dari ‘sakit gigi’ merebak masuk ke dalam paru-paru dan seterusnya menyebabkan kematian ayah berusia 26 tahun ini.

Beliau meninggalkan isteri, Natalie dan dua orang anak yang masih kecil lagi usianya.

 

Kesimpulannya, sila ambil tindakan yang serius dengan berjumpa terus ke doktor sekiranya mengalami sakit gigi. Jangan disebabkan benda kecil ni, nyawa anda melayang!

 

Sumber: Fox 40

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *