Bajet 2018 : Berita Baik Untuk Para Penjawat Awam

Seperti tahun-tahun sebelumnya, bajet 2018 akan dibentangkan pada 27 Oktober ini. bajet pada tahun hadapan akan memfokuskan kepada 14 kategori utama termasuk ekonomi digital, kos sara hidup, perumahan dan kehidupan bandar, perkhidmatan penjagaan kesihatan, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan desa, alam sekitar pertanian, belia dan sukan, budaya dan pelancongan serta keselamatan awam dan ketelusan. Pastinya anda juga ternanti-nanti mendengar pembentangan bajet pada hujung bulan ini. Untuk para penjawat awam, ada ura-ura khabar gembira daripada Perdana Menteri.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan mengumumkan khabar gembira khusus untuk penjawat awam ketika pembentangan Bajet 2018 pada hujung bulan ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-15 (MAPPA XV) dengan tema Aspirasi Perkhidmatan Awam Menuju TN50: Penyampaian Untuk Kesejahteraan Rakyat dan Negara di sini, hari ini.

“Beberapa khabar gembira dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018 pada 27 Oktober ini,” katanya.

Ucapan beliau itu mendapat tepukan gemuruh daripada lebih 5,000 penjawat awam yang hadir pada majlis berkenaan.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *