Bateri Kong Awal Pagi, Ini Cara Yang Betul Untuk Jumper Kereta Anda.

Masalah kereta tak boleh nak hidup di awal pagi memang menyusahkan lebih lebih lagi waktu nak pergi kerja. Tentu kelam kabut lagi-lagi bila terlewat masuk kerja. Pada kebiasaanya, baterilah yang menjadi punca kereta tak hidup. Salah satu cara sementara untuk selesaikan masalah ini adalah dengan ‘jumper’. Jumper adalah situasi dimana kita mendapatkan bantuan daripada bateri kereta yang masih ok. Berikut merupakan cara yang betul dan selamat untuk jumper kereta anda.

Dengan bantuan gambar, Proton telah sediakan cara-cara untuk melakukan jumper bateri dengan betul dan selamat;

1. Rapatkan kenderaan untuk memudahkan kabel ‘jumper’ boleh disambungkan.

2. Kenderaan yang membantu mestilah mempunyai bateri 12-volt dan keupayaan (Ah) bateri tidak boleh lebih rendah berbanding bateri yang ingin dibantu. Sekiranya anda masih degil, ia akan menyebabkan kerosakan litar pintas pada kedua-dua kenderaan.

3. Pastikan kabel jumper dengan pengapit bateri berpenebat.

4. Kenderaan mestilah berada dalam keadaan “P” (PARK) untuk transmisi automatik dan “N” (NEUTRAL) untuk transmisi manual.

5. Jangan sambungkan positif (+) kabel ke negatif (-) terminal dan sebaliknya kerana ia boleh menyebabkan bateri meletup.

6. Sambungkan kabel pada terminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta terjejas. Akan tetapi, terminal (-) dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-).

7. Setelah enjin berjaya dihidupkan, biarkan enjin hidup untuk beberapa minit.

8. Buka sambungan kabel mengikut urutan terbalik.

 

 

Be the first to comment on "Bateri Kong Awal Pagi, Ini Cara Yang Betul Untuk Jumper Kereta Anda."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*