Perlu Ke Beli Tayar Baru? Ini Cara Nak Tahu Tayar Botak.

Tayar merupakan elemen penting dalam sesebuah kenderaan. Keadaan tayar yang baik memabantu untuk meningkatkan kelajuan, mengoptimumkan penggunaan minyak dan memastikan anda selamat dalam perjalanan. Ini kerana fungsi tayar adalah untuk memindahkan tenaga kinetik kepada jalanraya. Sekiranya tayar botak dan gagal untuk memegang jalanraya dengan baik, kereta boleh kehilangan kawalan sebelum terbabas. Tentu anda tidak ingin perkara ini berlaku bukan? Lebih – lebih  pada musim hujan ini. Mari kita lihat keadaan tayar yang elok-separuh elok-perlu tukar.

1. Tayar Baru

Bunga masih tebal. Penanda aras botak masih belum kelihatan. Boleh digunakan tanpa was-was.

 

2. Tayar OK tapi Balancing Lari

Jika melihat kepada tayar ini, terdapat perbezaan antara bunga tengah dan tepi, bunga tayar ini kelihatannya makan tepi. Ini menandakan bahawa penjajaran roda tidak baik kerana penjajaran roda yang bagus akan membuatkan tayar haus sama rata. Dinasihatkan untuk ke bengkel membuat penjajaran tayar semula.

3. Tayar Hampir Botak

Jika melihat kepada bulatan ini. Tayar hampir botak, sebaiknya diganti untuk grip yang lebih baik.

4. Tayar Botak, Tukar!

Indicator botak dah sama rata dengan bunga. Dalam keadaan bagini, ada pemandu yang akan memakianya sehingga keluar benang. namun, adalah lebih baik jika anda menukarnyasegera.

 

 

kredit gambar : Akmal Amri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *