Belum Baca ‘Manual’ Kereta Baru? 10 Tanda Lampu Indikator yang Wajib Diketahui

Mendapat kunci kereta baru pastilah membuat hati terasa diawang-awangan. Bau kereta baru, jenama yang terkenal pastilah membuat anda berasa bangga. namun, sudahkah anda menghabiskan pembacaan buku manual kenderaan anda? atau adakah anda seorang yang menunggu kereta rosak baru tercari-cari punca kerosakan? Pada artikel kali ini, penulis akan kongsikan beberapa lampu indikator yang biasanya anda pada panel pemuka kereta anda.

10 Tanda Lampu Indikator yang Wajib Diperhatikan

Indikator ‘Handbrake’
Jika lampu indikator ini menyala maka menandakan brek tangan kereta Anda masih aktif. Jika handbrake sudah dilepaskan namun indikator masih menyala, ia menandakan bahawa kemungkinan ‘sensor’ rosak, minyak brek berkurang atau pad brek sudah haus. Segera ke bengkel untuk mengenalpasti masalah sebenar kereta anda.

10 Tanda Lampu Indikator yang Wajib Diperhatikan

Indikator Pintu
Jika lampu indikator ini menyala, maka menandakan ada satu atau lebih pintu kereta Anda yang terbuka atau tidak tertutup sempurna.

10 Tanda Lampu Indikator yang Wajib Diperhatikan

Indikator Seatbelt
Jika pada panel instrumen kereta ada lampu seperti ini yang berkedip, ia menandakan bahawa anda tidak memsang tali pinggang keledar. Kebiasaannya, jika tali pinggang keledar tidak dipasangdalam jangka waktu yang lama, inikator akan berkelip dan akan diikuti dengan bunyi peringatan.

10 Tanda Lampu Indikator yang Wajib Diperhatikan

Indikator Suhu Enjin
Ketika lampu ini menyala maka suhu enjin kereta anda dalam keadaan yang tinggi. Matikan enjin. elakkan membuka penutup radiator dalam keadaan yang panas.

10 Tanda Lampu Indikator yang Wajib Diperhatikan

Indikator Bateri
Pabila lampu indikator seperti ini di panel instrumen menyala, maka menandakan bateri kendaraan Anda sudah kehabisan bateri. Segera ganti dengan bateri baru.

10 Tanda Lampu Indikator yang Wajib Diperhatikan

Indikator Bahan Bakar
Jika lampu indikator ini menyala atau berkedip maka itu petanda bahan bakar di tangki bahan bakar kendaraan Anda hampir habis.

10 Tanda Lampu Indikator yang Wajib Diperhatikan

Indikator Oli
Ketika lampu indikator seperti ini menyala, maka sistem pada kenderaan mengesan bahawa minyak enjin berkurang. Segera isi dengan minyak yang baru.

10 Tanda Lampu Indikator yang Wajib Diperhatikan

Indikator Airbag
Pada kenderaan yang sudah dilengkapi airbag, maka jika lampu indikator ini menyala terjadi kerosakan pada sistem keselamatan tersebut. Segera lakukan pemeriksaan di bengkel rasmi.

10 Tanda Lampu Indikator yang Wajib Diperhatikan

Indikator ABS
Sama seperti lampu indikator Airbag, maka jika lampu ini menyala menandakan terjadi masalah pada sisitem ABS (Anti Lock Brake System).

10 Tanda Lampu Indikator yang Wajib Diperhatikan

Indikator Mesin
Ketika lampu indikator berbentuk gambar mesin tersebut menyala dan kendaraan tidak dapat di start, maka ada masalah pada ruang mesin. Segera ke beengkel panel anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *