Bencana Alam Paling Teruk Yang Berlaku Pada Tahun 2017.. Jom tengok..

Setiap tahun, ada saja bencana alam melanda negara kita dan tahun 2017. Jika negara kita, beberapa negeri sering dilanda banjir, jom kita lihat pula benjana alam paling teruk sepanjang tahun 2017.

1.0 Tanah Runtuh (Columbia)

Bencana alam ni berlaku pada petang 31 Mac 2017 di Macoa, Columbia. Jumlah mangsa yang terkorban ialah sebanyak 254 orang termasuk 43 kanak-kanak.

Kejadian tanah runtuh di Peru dan Ecuador turut mengakibatkan sejumlah orang menjadi mangsa korban.

2.0 Hujan ribut dan banjir kilat (India dan Sri Lanka)

Hujan ribut dan kilat telah melanda kedua negara ini pada hari Isnin 20 Mei 2017. Sekurangnya 201 angka terkorban diakibatkan oleh bencana alam tersebut.

Banjir tersebut turut mengakibatkan banyak kemusnahan pada pintu masuk kampung dan sebanyak 557,500 orang telah terjejas banjir dan kebanyakkanya yang tinggal di ladang getah.

Selain itu, sebanyak 75,000 orang telah meninggalkan kediaman mereka.

3.0 Banjir kilat (Sierra Leone)

Pada 14 Ogos 2017, banjir kilat telah melanda bandar Freetown, Sierra Leone. Bencana alam tersebut telah menyebabkan 312 orang telah mangsa korban dan lebih 2,000 penduduk terpaksa dipindahkan.

Namun begitu, ada sumber mengatakan bahawa mangsa korban adalah melebihi 600 orang.

Kejadian tersebut merupakan kejhadian terburuk dalam beberapa dekad Sierra Leone.

4.0 Taufan Harvey dan Irma (Amerika Syarikat)

Siri taufan ini melanda Amerika Syarikat pada bulan Ogos dan September. Kesan taufan ini adalah sehingga perdana menteri Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengistiharkan darurat bencana.

Dilaporkan bahawa taufan tersebut antara ribut yang paling besar melanda Amerika Syarikat.

Walaupun tidak banyak mangsa yang terkorban, jumlah kerosakan disebabkan taufan tersebut mencecah 200 billion dollar AS.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *