Benda Asas Yang Anda Perlu Bawa Ketika “Hiking”.

Benda yang perlu anda bawa untuk “Hiking”.

 

Banyak trend terkini sedang melanda remaja di negara kita. Bermula daripada raver, hisap vape, lepak tempat hipster dan macam-macam lagi. Trend terkini yang menjadi ikutan para remaja ini mempunyai kebaikan dan keburukan.

 

Disini, admin nak kongsikan trend hiking yang melanda bukan sahaja kepada remaja, malah kepada semua lapisan umur. Bagi kaki hiking yang bukan hardcore, tempoh masa anda hiking tidaklah berhari-hari dan kebiasannya akan habis dalam masa sehari. Jika pendakian anda habis dalam masa sehari, benda yang paling penting anda kena ialah bawa air, tuala kecil dan kasut yang sesuai.

 

Bagaimana pula jika anda hiking untuk satu tempoh masa yang lama yang memakan masa beberapa hari. Disini, admin nak kongsika beberapa baran-barang wajib yang anda perlu bawa kalau nak hiking untuk tempoh masa yang panjang.

 

Benda yang perlu anda bawa untuk “Hiking”.

Bagi sesiapa yang baru nak berkicimpung dalam aktiviti ini, admin nak kongsikan sedikit barang yang anda kena ada ketika nak hiking.

 

1) Pakaian

Bawalah pakaian yang secukupnya dan janganlah berlebihan. Jika anda membawa pakaian berlebihan, anda akan membawa bebanan lebih. Admin sarankan supaya membawa baju yang menyerap peluh serta pakaian yang senang nak kering. Selain itu, admin galakkan anda untuk memakai topi atau sebarang alas kepala sebagai tujuan keselamatan.

 

2) Backpack

Hikers digalakkan membawa backpack yang dapat menampung segala keperluan ketika pengembaraan. Kat kedai adventures banyak backpack di jual mengikut kesesuaian jadi pilihlah yang mana anda selesa.

 

3) Kasut

Bagi hikers kental, mereka akan mengunakan kasut berbanding selipar atas tujuan keselamatan. Selain daripada itu, pengunaan kasut adalah lebih selesa lebih-lebih lagi jika pengembaraan anda bakal melalui jalan-jalan rumit. Oleh sebab itu, admin sarankan anda untuk guna kasut yang kalis air dan kasut yang tahan lasak.

 

4) First Aid Kit

Admin rasa ini antara benda yang anda kena bawa setiap kali anda hiking. Pastikan dalam Aid kit anda ada panadol, bandage, kain anduh, iodine disinfectant, ubat tahan sakit, ubat anti histamine, krim antiseptic. Yang lain anda boehlah tambah sendiri mengikut keperluan.

 

5) Peta dan Kompas

Jika pengembaraan anda memerlukan masa yang panjang dan jauh, dua benda ni korang jangan sekali-sekali lupa. Jika korang kurang mahir mengunakan benda ni, sila pastikan pengembaraan anda ditemani oleh local guide.

 

6) Makanan dan minuman yang secukupnya

Silalah bawa makanan yang secukupnya tanpa mengharapkan rakan-rakan anda untuk membawa. Anda digalakkan membawa makanan yang tahan lama serta ringan. Makanan seperti coklat, pisang dan energy drink juga disarankan untuk dibawa.

 

7) Khemah atau Sleeping bag.

Belilah khemah atau sleeping beg yang berkualiti sedikit. Ini kerana anda tidak dapat meramal keadan tempat yang anda bakal tidur nanti.

 

8) Survival kit

Benda-benda asas untuk survival seperti pisau, whistle dan lampu suluh ataupun headlamp adalah sangat penting. Pisau boleh digunakan untuk memotong dahan-dahan dan whistle adalah untuk menarik perhatian hikers lain jika anda tertinggal jauh atau tersesat jalan.

 

9) Trekking pole

Yang ni optional tapi bagi admin benda ni sangat penting kerana stamina admin taklah kuat sangat.

 

 

Be the first to comment on "Benda Asas Yang Anda Perlu Bawa Ketika “Hiking”."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*