Berhati-hati Dengan Taktik Baru Scammer Meminta Sumbangan Melalui Facebook

Amalan memberi sumbangan adalah satu amalan membantu kepada yang susah dan yang memerlukan, amalan ini juga digalakkan dalam islam. Namun, dalam masa kini ramai scammer atau penipu yang menipu bagi mendapatkan wang dengan cara yang senang melalui laman sosial seperti facebook dan sebagainya.

Salah satu status yang telah di kongsikan dalam laman facebook dari Habibol Lotfie .

==============

Modus operandi skemmer terbaru.

1. Buat page atas nama media
2. Post pasal baby, orang tua yang sakit n memerlukan
3. Copywriting yang sama
4. Fb ads

Nama encik azman ni dah berapa kali keluar tapi ramai jugak yang kena tipu. Rakyat malaysia ni bagus. Baik hati, pemurah serta sifat kasih sayang yang tinggi. Tapi xkaji dengan mendalam.

Cara supaya benda ni tersebar dan orang tahu fake sila #Review page tersebut dan report page tu. Bukannya komen. Review and tulis page tu page skem. Kalau komen owner dia ban

Sekian terima kasih.

#Update. Owner dia dah ban saya dari page

https://web.facebook.com/Kosmo-Online-Malaysia-16515657315…/

https://www.facebook.com/Berita-Semasa-858353194341068/

 

Review pakai ayat ni >>>

*************************************
*************************************

Page ni page skemmer. Menggunakan gambar orang yang xbersalah utk simpati.

Just sharing
Tujuan : Mendedahkan penipuan (scammer) yang menggunakan alasan derma bagi membantu penyakit yang dialami oleh sebilangan anak anak kecil di negara kita.

Nama : Azman
Bank : Bank Islam
No Akaun :

Modus Operandi : Buat iklan dan hebahkan di dalam fb yang menggunakan ID mainstream. Menyamar sebagai bapa kepada anak sedang sakit tersebut, sedangkan hakikatnya TIADA HUBUNGAN LANGSUNG dengan pesakit.

Alasan : Derma bagi meringankan beban kos pembedahan.

Penipuan dikesan apabila 2 iklan rayuan derma :
Nama pesakit berbeza
Nama bapa berbeza (scammer)

TETAPI

No akaun dan bank yang sama

Alert :
Hati-hati dengan page-page yang menggunakan nama paper mainstream ni, cek betul-betul page ori atau fake. Takkan page ori pape hanya 1k-2k likers.

Bayi yang sakit tu mungkin betul. Tapi disalahguna oleh Azman yang mengambil kesempatan mengutip derma. Azman ni tiada kena mengena dengan mana-mana baby yang sakit pun.

*************************************
*************************************
UPDATE
[Ambik Perhatian Semua]

Hati-hati bila memberi sumbangan di bawah nama Azman Abdullah..
———————————

LAGI INDIVIDU LAKNAT : AZMAN ABDULLAH

1. Individu yang bernama Azman Abdullah ini telah bergerak bebas di ruang siber dengan menyebarkan post² mengutip sumbangan untuk ramai anak² kanser dan penyakit kronik lain menggunakan akaun peribadinya di pelbagai bank.

2. Modus operandinya simple. Mengambil maklumat dan gambar kanak² yang terlantar sakit dan menukar bin atau binti kepada namanya serta merayu untuk mendapatkan sejumlah wang utk pelbagai prosedur rawatan.

3. Antara akaun² bank yang digunakan-
1. BSN 1414-5290-0006-9681
2. Bank Islam 1406-9020-43-1664

4. Untuk menjadikan rayuannya nampak valid, dia menggunakan portal² palsu yang ditiru daripada portal² berita yg utama seperti ‘Harian Metro’ dan ‘Sinar Harian Online’.

5. Modus operandi yang sama yang sebelum ini digunakan oleh individu bernama Muhammad Amirul.

6. Persoalannya, apakah tiada cara untuk membawa individu² ini ke muka pengadilan. Apakah identiti mereka dilindungi sedemikian rupa oleh pihak institusi kewangan walaupun bukti² penipuan amat jelas sekali?

7. Apakah tiada peruntukan undang², sekurang²nya untuk menyekat kemasukan wang ke dalam akaun apabila ada laporan dan bukti yg meyakinkan?

8. Pelbagai laporan polis telah dibuat, terutamanya oleh ibu bapa anak² yg terlibat. Tetapi tiada sebarang tangkapan dibuat. Apakah penjenayah siber ini terlalu licik hingga sukar dikesan?

===================================

 

Amalan membantu itu tidak salah, malah digalakkan bagi yang berkemampuan. Tapi seharusnya kita perlu berhati-hati agar kita tidak salah memberikan sumbangan. Sebelum memberikan sebarang sumbangan pastikan penerima ada masalah dengan betul. Jangan mudah tertipu dengan kata-kata manis dari skammer dan gambar-gambar yang di selitkan dalam setiap status yang di sampaikan.

Be the first to comment on "Berhati-hati Dengan Taktik Baru Scammer Meminta Sumbangan Melalui Facebook"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*