Berniaga Depan Rumah Pun Kena Saman! Para Peniaga Perlu Ambil Tahu..

Di laman facebook KBTA, telah memuat naik gambar perniagaan kecil-kecilan seorang lelaki diserbu oleh pihak berkuasa tempatan. Kejadian ini telah viral di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

 

Difahamkan, peniaga terbabit disaman oleh pihak berkuasa tempatan kerana terdapat satu aduan daripada jiran berhampiran. Bagaimanapun, lokasi tempat tidak dinyatakan.

Sementara itu di media sosial pula, NEtizen tanpa usul periksa terus menuduh pihak berkuasa tempatan bersikap berat sebelah terhadap peniaga melayu.

 

” Meniaga depan rumah sendiri, cepat saja kena saman. Lauk pun belum sejuk lagi dah serbu. Kalau yang lain-lain tu lambat pula serbu. Siap pura-pura tak nampak lagi. Kenapa? tak kena bagi duit kopi ke? ” kata Aron Salem

 

Namun orang ramai juga perlu faham bahawa anggota penguatkuasa hanya menjalankan tugas.

 

” Jika ada aduan atau laporan, anggota penguatkuasa PBT¬† akan turun padang dan ambil tindakan. Itu pun kena hentam. Kalau tak turun padang lagilah kena hentam.” kata Encik Na.

 

MEnurut Siti Rohani pula, dia pernah disaman oleh penguatkuasa beberapa kali. Namun, apabila dia cuba memohon lesen perniagaan, pihak PBT pula mengatakan sebarang permohonan lesen perniagaan dibekukan.

 

“Dah kena saman berkali-kali. Bila kita mohon lesen, dia (PBT) kata dibekukan. Jadi, siapa yang menyusahkan siapa sebenar?. Katanya.

 

Sumber: PIXEL MEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *