Betulkah Dah Bayar 75% Bank Tak Boleh Tarik Kereta?Ini Penjelasannya.

 

Bayaran melebihi 75% bayaran ansuran bulanan.

Sekiranya anda telah menyelesaikan 75% bayaran ansuran bulanan, pihak Bank perlu mengeluarkan jadual keempat dan memerlukan Perintah Mahkamah. Pihak bank tidak boleh menarik kereta anda tanpa Perintah Mahkamah yang sah. Notis dan Perintah Mahkamah ini wajib diserahkan di alamat terakhir penyewa beli.

Kebanyakan kes di mahkamah adalah penarikan kenderaan menjadi tidak sah dan terbatal jika didapati pihak bank gagal menyerahkan notis kepada si penyewa beli.

Sekiranya kereta anda ditarik, pastikan :

  1. Bahawa ejen penarik kenderaan adalah ejen yang sah. Minta kad pengenalan diri ejen penarik yang sah.
  2. Ejen perlu mempunyai permit. Mereka hanya boleh menarik kenderaan antara pukul 9 pagi hingga 9 malam.
  3. Ejen hanya boleh menarik kereta dengan kehadiran penyewa beli. Penyewa beli boleh membuat laporan polis dan laporkan kepada bank sekiranya ejen ingkar.
  4. Semak permit penarikan ejen, no kad pengenalan, notis penarikan serta perintah mahkamah (jika bayaran lebih 75%).
  5. Anda mempunyai masa selama 21 hari untuk menyelesaikan bayaran dan sekiranya gagal, kereta akan dilelong dan notis lelongan akn dikeluarkan.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *