Betulkah Penyakit Kayap Boleh Membawa Maut, Jika Pusing Satu Badan? – Ini Penjelasan Doktor Yang Ramai Terkejut!

Pelbagai penyakit kulit yang kita tahu, antaranya penyakit Kayap. Untuk pengetahuan umum, penyakit kayap ini selalunya terjadi di sebelah kiri atau kanan badan dan ada juga berlaku di bahagian muka.

 

“Betulkah kalau kena penyakit kayap dia pusing satu badan dan bila bertembung pasti anda akan mati?”

 pertanyaan ini sering kita dengar jika seseorang yang kena penyakit ini, dan bagi yang kena penyakit kayap ini pula akan berasa takut sekali. Siapa tak takut kalau bab-bab mati dah masuk kan… ahahahaah. tapi kalau dia pusing dua kali macam mana pula, maka kita hidup semulalah kalau begitu…ahaahaha

 Nak tahu satu cerita , suatu pagi di Klinik doctor. Seorang pemuda masuk bilik consultant doc dalam kesakitan dan kena penyakit kayap gelembung-gelembung menular di bahagian kanan badan serta memegang Surah Yasin. Doctor tanya dia mengapa bawa Surah Yasin ni. Dia kata: “Doc, betul ke kawan kata, saya akan mati bila kayap ni bertembung satu pusingan keliling badan saya nanti. Tolong doc saya muda lagi, belum kahwin lagi”. …Doctor pun terus tersenyum dengar kesedihannya!!…kesian doctor tengok air mukanya…sungguh sedih perasaannya ketika itu.

Pernahkah kita mendengar orang mati kerana penyakit kayap ini. Tidak pernah lagi kita dengar penyakit kayap ini jadi punca utama kematian seseorang.

Mitos Mengenai Penyakit Kayap:

 

Bila satu hujung kayap bertemu dengan satu hujung lagi. Maka kita akan mati. Doctor sampai sekarang tak pernah lagi pergi menziarah orang mati kerana penyakit kayap seumur hidup doc tak pernah lagi. Tak tahu pula dengan yang lain Anda ada tak?

Jangan makan ubat…biar kayap tu keluar habis dulu. Doctor nak tanya anda, yang nak sakit tu orang yang kena kayap ke atau yang bagi nasihat kepada kita yang tak betul. Lagi kayap merebak lagilah sakit. Bila dah jadi parut dan parut tu saki dikata pula sebab kayap tu karam dalam badan dan tak keluar habis. Sebenarnya yang sakit ialah saraf kita yang di serang kuman kayap tu sampai 2-3 bulan!

Penerangan Doktor Mengenai Penyakit Kayap

 

Doctor panggil Kayap sebagai Herpes Zoster. Ianya terjadi bila kulit dan saraf anda diserang Virus Varicella Zoster. Virus ni serang kulit DERMATOME dan urat saraf kiri dan kanan je yang akan menyebabkan keradangan saraf tersebut . Dan ini akan buat anda sakit teramat sangat. Kulit anda terjadi kebas dan panas.

Lepas 3 -5 hari, terdapat tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan atas kulit anda. Lepas 1 – 2 hari, timbul gelombang-gelombang air yang kecil. Cecair itulah yang jadi kuning bila infeksi dengan kuman. Akhirnya gelembong-gelombang itu jadi kering. Kulit kering melupas sendiri dalam 1 -2 minggu. Kemudian tinggallah parut di kulit.

Peringatan Doctor

 

Kayap hanya akan terjadi di sebelah kiri atau kanan badan atau juga di bahagian muka. Tak akan bertembung.  Penyakit ini sebenarnya bukan seperti yang dikatakan jika bertembung akan membawa mati. Mati itu sebenarnya Allah dah tentukan dan bukannya penyakit kulit yang bertembung akan membawa maut.

 

Jika kayap melibatkan muka, ia libatkan separuh muka kanan atau kiri. Kalau kayap masuk ke mata pula boleh menjadi buta. Kalau kena otot dan saraf muka kepala kita. Otot-otot muka anda akan lumpuh (facial palsy).

Kayap boleh merebak ke organ dalaman kita seperti:

otak(meningoencephalitiscarditis), paru-paru (pneumomitis)
usus (enterocolitis).

 

 

Komplikasi jika anda kena Kayap :

 

– Ada parut dikulit bekas kayap tu.

-Ada kesakitan pada bahagian urat saraf yang kena kuman kayap dalam jangka panjang.

Rawatan Jika Terkena Penyakit Kayap :

 

1.  Menyapu ubat seperti potassium permanganate atau calamine lotion untuk keringkan gelembong air kayap. Ada yang colek gelembung kayap bagi cepat kering.

2.  Ubat penahan sakit ponstan/ diclofenac.

3.  Ubat neuroaktif seperti amitryptiline.

4.  Ubat antiviral Acyclovir, valacyclovir & famciclovir.

Rawatan tradisional juga bole digunakan. Tapi tiada Medikal Proof ja. Kalau tak kesan, tanggung sendiri la atau berhenti je. Ada yang Sapu kapur, pucuk delima; melur, mambu, ubi dan bedak. Gunalah cara rawatan apa yang anda suka…OK je cuma pastikan tiada kesan negetif.

Sumber: Dr. Abdul Rahim Nor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *