Beza Antara Nafsu Lelaki Dan Perempuan Yang Harus Kita Tahu!

Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa lelaki itu mempunyai 9 akal 1 nafsu, manakala perempuan pula mempunyai 9 nafsu dan 1 akal. Apakah penyataan ini betul ? Ada pula pihak yang mengatakan bahawa nafsu lelaki itu cepat teransang terhadap wanita dan ada pula yang mengatakan wanita sebenarnya mudah dan cepat terasa teransang dan cepat membangkitkan nafsu syawat.

 

Dalam kehidupan normal, setiap orang diberikan nafsu dalam diri tak kiralah nafsu terhadap makanan, perbuatan mahupun nafsu terhadap seseorang. Dalam islam, semua manusia sama ada lelaki ataupun wanita di ajar untuk mengawal hawa nafsu seseorang bagi tidak membangkitkan lagi nafsu syahwat.

 

Sebab itu dalam islam wanita di wajibkan untuk menutup aurat bagi mengelakkan lelaki tergoda dan wanita juga perlu menjaga tingkah laku serta menjaga pandangan dan percakapan mereka. Lelaki juga diwajibkan menutup aurat kerana sesetengah wanita ada juga yang boleh manaikkan nafsu syahwat mereka.

 

Dalam islam juga, wanita dan lelaki itu seharusnya tidak berdua-duaan kerana adanya orang ketiga yang tanpa kita sedari iaitu Syaitan. Perkara sebegini seharusnya dijauhi kerana ini juga membolehkan syaitan menghasut kita dan perkara tidak baik kemungkinan akan terjadi. Jika kedua-dua boleh menjaga akhlak dan tingkah laku mereka dan mengikut perintrah Allah S.W.T serta mengikut suhruhan Nabi Muhammad S.A.W maka kan terpeliharalah kelakuan dan nafsu mereka. Kelakuan ini juga akan disalurkan ke jalan yang dihalalkan.

 

Allah S.W.T berfirmana bermaksud:

 

 

” Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk”. (Surah al israk, ayat 32 ) Nafsu tak boleh dihapuskan kerana ianya fitrah kepada manusia tetapi manusia perlu mengawal dengan iman dan takwa kepada Allah S.W.T. Wallahu a’lam.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*