Bolehkah Bayi Baru Lahir Tidur Mengunakan Bantal? Jom Tengok Kesannya Kepada Bayi Baru Lahir..

Sehingga kini belum ada lagi kajian yang mengukuhkan kenyataan bahawa bayi tidak boleh tidur mengunakan bantal.

Namu begitu, terdapat banyak penemuan mengenai risiko bayi baru lahir mengunakan bantal. Jika bay baru lahir tidur mengunakan bantal, mereka berisiko….

Jom baca..

1. Mendedahkan Bayi Kepada Risiko SIDS

SIDS, singkatan untuk ‘Sudden Infant Death Syndrome’ atau Sindrom Kematian Bayi Mengejut adalah kematian yang tiba-tiba walaupun bayi tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. Walaupun punca utamanya masih belum dikenalpasti, namun ramai pakar berpendapat bahawa penggunaan bantal meninggikan risiko SIDS pada bayi, terutamanya yang berumur bawah setahun.

2. Menghalang Pernafasan Bayi

Pengunaan bantak berbentuk “U” boleh menyukarkan bayi untuk mendapatkan oksigen apabila berpusing ke kiri atau kanan.

 

3. Menyebabkan Sakit Tengkuk

Menurut thehealthsite.com, pemilihan bantal yang tidak sesuai boleh menjadi punca sakit tengkuk kepada bayi. Keadaan ini dijangka lebih membimbangkan sekiranya bantal digunakan semasa tidur yang panjang, iaitu sepanjang waktu malam.

4. Salah Satu Punca Alahan

Bayi sebenarnya sangat sensitif pada bulu, debu dan bahan asing yang sangat halus. Pengunaan bantal menyebabkan bayi terdedah kepada habuk atau kotoran pada bantal menyebabkan reaksi alahan pada bayi.

 

5. Menjadikan Kepala Bayi Terlalu Panas

Material pada bantal yang tidak sesuai menyebabkan kepala bayi menjadi panas apabila tengelam pada bantal yang terlalu lembut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *