“Boy Iman Tidak Pernah Diiktiraf Sebagai Ayahanda” – PEKIDA

Kontroversi mengenai bekas pelakon, Boy Iman ataupun nama sebenarnya Datuk Nuruliman A Rahman yang juga merupakan Pengarah Urusan DBI Properties semakin panas apabila dia telah ditahan oleh pihak polis berhubung kes penipuan penjualan rumah yang dianggarkan berjumlah RM6.2 juta.

Baru-baru ini, pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA), Rohaida Roslan mengatakan bahawa beliau tidak mahu PEKIDA dikaitkan dengan DBI Properties kerana Boy Iman tidak pernah diiktiraf sebagai ayahanda seperti yang digembar gemburkan.

Boy Iman tidak pernah diiktiraf sebagai ayahanda PEKIDA. Jadi kami harap orang ramai jangan kaitkan dengan PEKIDA.

Gelaran ayahanda nukan diberi secara sembarangan dan dalam PEKIDA sendiri hanya dua individu yang yang layak memberi gelaran ini kepada seseorang iaitu Presiden PEKIDA Malaysia, Jamaludin Yusof dan Pengerusi PEKIDA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Roslan Dahaman.

Menurut Rohaida, gelaran ayahanda  yang diterima oleh Boy Iman adalah daripada pertubuhan Majlis Jemaah Cochrane (MJC).

Tindakan Boy Iman itu turut dianggap memalukan oleh Datuk Abdul Halim Ali selaku Presiden Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *