Brek Tak makan? Ini Punca Brek Kereta Anda Tak Makan

Tekan brek sampai ke lantai, tapi kereta masih tak berhenti. Biasanya kejadian seperti ini berlaku kepada kereta-kereta lama. Berdasarkan pengalaman, terdapat dua faktor utama brek kereta anda tak makan :
1. Master pump dah nak kong.
Masalah ini menyebabkan sistem brek kereta anda dalam keadaan yang berbahaya, terutama jika ingin berhenti dalam jarak yang dekat. Masalah ini disebabkab body master pump anda telah calar ddan memerlukan anda untuk menukarnya dengan yang baru ataupun perlu menukarkan kitnya sahaja. Walaupun kos kit lebih murah,adalah lebih baik jika anda menukarkannya kepada yang baru.
2. Jika masalah utama berpunca daripada master pump, terdapat lagi satu masalah yang menyebabkan brek anda dalam keadaan yang teruk iaitu caliper brek/pam bawah leaking. Ini berlaku kerana apabila kereta terlalu lama digunakan,caliper ini akan berkarat dan akan menyebabkan sistem brek x berapa baik.
Gambar diatas menunjukkan caliper yang baru dan lama. Berikut pula merupakan contoh caliper yang telah dipakai selama 10 tahun.
Dalamnya pulak seperti ni:
Dalam lubabg inilah piston berada. Tugas piston ini adalah menolak kedua pad brek ke disc untuk mendapatkan grip membrek. Apabila caliper berkarat,sedikit sebanyak ianya akan mengakibatkan piston tidak dapat menjalankan tugasnya dengan cemerlang.
Sebaiknya, anda mengetahui keadaan kereta anda sebelum memulakan perjalanan. Jika masalah berpunca  daripada brek caliper,mintalah mekani anda untuk menservisnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *