Budak 15 Tahun Maut Kerana Datang Lewat Kerja. Disuruh Squat Sebanyak 100 Kali..

Kejadian berlaku di China. Seorang gadis berusia 15 tahun yang ingin menampung kos perubatan ayahnya maut. Keluarga mangsa mengatakan bahawa gadis telah meninggal disebabkan dihukum oleh bosnya kerana dia datang lewat ke tempat kerja. Gadis tersebut meninggal dunia 10 hari selepas didenda.

Xiao Fei, gadis yang berumur 15 tahun didenda 100 kali squat kerana dia lewat tiba ke tempat kerja. laporan bedah siasat mendapati Fei meninggal dunia disebabkan kegagalan pernafasan.

Untuk mendapatkan kerja tersebut, Fei meminjam kad penenalan daripada rakannya yang lebih tua dan dia turut berenti sekolah. Fei berkerja dengan sebuah syarikat hartanah, Qfang.

Pihak syarikat menyangkal dakwaan bahawa hukuman terhadap Fei adalah penyebab dia meninggal dunia. Mereka turut berpendapat bahawa 100 kali squat yang dikenakan terhadap Fei bukanlah hukuman tetapi sebagai senaman.

Bapanya Fei menjelaskan apa yang berlaku terhadap Fei setelah hukuman tersebut:

“Anak saya berasa tidak sihat selepas melakukan hukuman tersebut dan saya membelinya ubat, tetapi beliau tidak menggerakkan kakinya.”

Sehari selepas itu,Fei tidak mampu untuk mengangkat tangan dan pengsan. Beliau kemudian jatuh sakit dan lumpuh. Beliau digegaskan ke hospital dan dimasukkan ke ICU dan kemudian beliau meninggal dunia.

Doktor mengesahkan bahawa Fei menghidap sindrom Gullain-Barré. Sindom ini merupakan gangguan sistem saraf yang serius

Be the first to comment on "Budak 15 Tahun Maut Kerana Datang Lewat Kerja. Disuruh Squat Sebanyak 100 Kali.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*