Bukit Kimanis Terkenal Dengan Cerun Yang Sangat Curam. Ini Proton Preve ‘Terlaju’ Menuruni Bukit Ini.

Jalan Keningau ke Kimanis jaraknya hanya 53 km sahaja dan memakan masa lebih kurang 1 jam perjalanan untuk sampai ke Simpang Kimanis. Jalan raya ini dahulunya adalah untuk mengangkut kayu balak oleh syarikat-syarikat pembalakan.
Kini setelah dinaik taraf jalan raya Keningau – Kimanis merupakan jalan utama dari Daerah Keningau ke Bandar Kota Kinabalu. Boleh dikatakan jalan raya inilah digunakan oleh pengusaha teksi dan bas dari Pekan Keningau Ke Kota Kinabalu saban hari.
Walaupun lebuh raya ini mempunyai jarak yang agak singkat dan keadaan yang sangat baik, ia terkenal kerana cerun yang sangat curam di sepanjang jalan, dengan kecerunan tercuram dianggarkan antara 10% hingga kira-kira 20%.Hasilnya, beberapa lorong mendaki dibina di jajaran curam.

Proton Prevé merupakan kereta sedan padat empat pintu yang dibangunkan oleh pengeluar kereta Malaysia, Proton. Ia dilancarkan pada 16 April 2012 sebagai pengganti kepada Proton Persona dan Proton Gen-2. Prevé dibangunkan berasaskan pelantar generasi baharu Proton P2 dan merupakan kereta sedan Proton pertama yang dilengkapi enjin pengecas turbo.

Prevé didakwa sebagai kereta global Proton pertama, dibuktikan melalui nama Prevé itu sendiri, yang bermaksud untuk membuktikan atau bukti. Adakah dengan video ini membuktikan bahawa Proton boleh bersaing dengan jenama mewah yang lain?

Peringatan : Jangan tiru aksi ini. Pastikan anda membawa kereta dengan cermat dan mematuhi undang-undang jalanraya. Admin tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian jika berlaku sebarang kerugian sekiranya anda degil.

Be the first to comment on "Bukit Kimanis Terkenal Dengan Cerun Yang Sangat Curam. Ini Proton Preve ‘Terlaju’ Menuruni Bukit Ini."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*