Bulu Kucing Yang Lebat Pasti Membuatkan Kucing Anda Bertambah Comel. Ini Langkah Mudah Untuk Merealisasikannya.

Kucing merupakan binatang yang sangat manja dengan tuaanya. Sebagai penjga, tentunya anda inginkan kucing yang comel, manja dan lebat bulunya. Ini beberapa tips untuk menjadikannya kenyataan:

1.Sisir Bulu Kucing

Sisirlah bulu kucing anda minimum sehari sekali. Dengan menyisir bulu kucing anda, bulu yang sudah mati akan jatuh dan akan digantikan dengan bulu kucing yang baru.

2. Memandikan Kucing

Mandikan kucing anda seminggu sekali atau dua minggu sekali. Memandikan kucing dapat menghilangkan bulu-bulu kucing yang telah mati.

3. Kuning Telur.

Berilah kucing anda makan kuning telur 3 kali seminggu. Harus diingat, anda hendaklah mengasingkan putih telur kerana putih telur tidak baik untuk kucing anda kerana dapat mengurang vitamin B Biotin.

4. Minyak Ikan.

Berikan kucing anda minyak ikan. Minyak ikan yang mengandungi Omega 3 sangat baik untuk kesihatan bulu kucing anda.

5. Makanan yang seimbang.

Makanan seimbang dapat memberikan kesan kepada bulu kucing anda. Pastikan makanan kering dan basah diberi secara seimbang kerana ia akan mempengaruhi cecair yang diperlukan oleh kucing.

6. Tempat tinggal.

Tempat tinggal untuk kucing yang baik adalah tidak terlalu panas. Ini kerana keadaan yang panas pastinya akan membuatkan kucing anda tidak selesa dan kepanasan. Ini akan memudahkan bulu kucing jatuh.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *