Calon SPM Ini Minta Kebenaran Keluar Dan Meminta ‘Sesuatu’ Yang Membuatkan Guru Tergamam!

Biarlah kisah ini menjadi satu pengajaran kepada kita dan kepada sesiapa saja untuk berbuat sedemikian. Untuk menghadapi sesuatu perkara atau apa saja yang kita buat, lebih baik untuk kita berdoa dahulu agar dipermudahkan lagi setiap perkara yang dilakukan dan dilalui, kerana yang baik itu datangnya datang Allah S.W.T.

 

Cerita bermula:

 

Hari ketiga mengawas SPM 2017…
Paper sejarah kertas 2…
Masa: 10.00 pg hingga 12.30 tghari…

Setelah 20 minit masa berlalu… seorang calon lelaki… bersongkok… air muka bersih… tiba-tiba mengangkat tangan… meminta kebenaran ke tandas… saya benarkan sambil mengiringi beliau… sebelum tu dah perasan yang beliau macam tak keruan…

Kedengaran bunyi air daripada dalam tandas… calon tadi keluar dan saya lihat wajah dan tangannya basah smbil tangannya memegang stokin dan kasutnya…

 

“Izinkan saya solat sekejap ye cikgu… saya blank…” ujarnya meminta kebenaran…
Belum pun sempat saya berkata apa-apa seraya tergamam… calon itu sudah pun mengangkat takbiratulihram…

 

Terkedu saya sambil memerhatikan beliau solat… solat tanpa sejadah tetapi sujud dgn dahi menyentuh lantai simen yg amat naif itu… Allahu Akbar… Tiba sujud di rakaat terakhir… agak lama rasanya beliau sujud… dan selepas memberi salam… beliau mula menangis tersedu-sedu seraya berkata…

 

“Cikgu… saya blank… tiba2 saya rasa otak saya kosong… Trial haritu saya dpt sejarah A+…” Tetiba rasa keibuan saya hadir dan tanpa sedar saya turut sama-sama menangis sambil saya menggosok belakangnya dan memintanya beristighfar dan membaca Al Fatihah… ???

“In shaa Allah… Allah bantu awak… buat yg terbaik ye…” ujar saya…

 

Dia angguk dan bangun menuju ke dewan semula… Allahuakbar… Semoga Allah permudahkan urusanmu duhai anak muda… perjalanan mu masih jauh… semoga terus istiqamah mengharapkan Allah sbg penolong dikala kebuntuan…

 

Pengajaran yang saya dapat daripada beliau… Hanya ALLAH sajalah sebaik-baik penolong… kita terlalu kerdil… maka bersujudlah… mintalah pada Allah untuk setiap kebaikan…

 

Terima kasih kerana pengalaman yang cukup bermakna ini duhai anak muda…
Admin share kerana saya rasa tak ramai anak muda sekarang seperti adik…

 

Sumber : Penang Kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *